Penerbitan Oxford Fajar menerbitkan buku Latihan Evidens PBS.


skh7
Harga: RM6.50 (semenanjung Malaysia)

Pro:

-Instrumen PBS disusun mengikut topik dan subtopik
-Dwinbahasa. Muka surat depan Bahasa Melayu dan muka surat belakang Bahasa   Inggeris.
-Sesuai untuk pelajar aras sederhana dan sederhana tinggi
-Helaian boleh diceraikan daripada buku untuk dimasukkan ke dalam FPM.


Contra:

-Terdapat helaian yang mempunyai instrumen bagi dua diskriptor. Jadi pelajar harus menduduki pentaksiran bagi dua instrumen serentak.




4 Ulasan

Ng Chee Kin berkata…
Salam, cikgu.

Saya merupakan penulis bagi buku Big Ideas Science Form 1 - SBA, terbitan Oxford Fajar. Mula-mula, izinkan saya mengucapkan terima kasih atas ulasan ikhlas dan komen dalam blog cikgu.

Sebenarnya, pihak editor and saya berada dalam dilema apabila memuatkan dua Band, Deskriptor dan Evidens (BDE) dalam satu helaian tugasan (worksheet). Tetapi, selepas berbincang dengan guru-guru sekolah, golongan besar guru sains berpendapat bahawa sesetengah BDE yang pendek boleh dinilai secara serentak dan ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana setiap soalan dilabel BDE masing-masing mengikut DSP dan masih boleh dinilai secara serentak.

Sebelum penerbitan Big Ideas Science Form 1- Science, soalan-soalan dalam buku ini diuji rintis di sebuah sekolah menengah di Klang untuk memastikan kandungannya menepati kehendak guru dalam menilai pencapaian murid.

Adalah menjadi harapan saya bahawa cikgu-cikgu yang menggunakan buku ini memperoleh manfaat yang maksimum dalam melaksanakan P&P. Sekiranya terdapat sesiapa cikgu yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila emelkan saya: ngcheekin@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
Ng Chee Kin
farahiyah berkata…
Terima kasih En Ng Chee Kin. Buku tuan sangat-sangat membantu saya membuat PBS di sekolah.
Ng Chee Kin berkata…
Salam cikgu (dan 1Malaysia)

Untuk makluman cikgu, buku 'Big Ideas SBA Science Form 1' (dwibahasa) terbitan Oxford Fajar ini sedang dikemas kini dan ditambah baik dengan beberapa lembaran kerja yang baharu untuk memenuhi keperluan semasa PBS.

Edisi kemas kini ini dijangka diterbitkan pada bulan September 2013 ini. Semoga edisi baharu ini akan lebih membantu cikgu sekalian mengimplementasikan PBS di sekolah secara efektif dan efisyen.

Sekian,terima kasih.
Ng Chee Kin
farahiyah berkata…
Terima kasih atas makluman En. Ng Chee Kin. Tak sabar nak review versi yang dikemas kini. Harap dapat memudahkan cikgu-cikgu dan pelajar menjawab PBS.
Terbaru Lebih lama