Terlebih dahulu saya ingin mnggucapkan taniah kepada semua Lepasan SPM. Saya yakin sekarang anda sedang membuat keputusan untuk menyambung pelajaran samada di universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti, Giat MARA dan sebagainya.
Di sini saya ingin kongsikan cara pihak universiti@Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memilih Lepasan SPM atau setaraf untuk kursus yang ditawarkan. Pihak KPT memilih kemasukkan pelajar ke IPTA berdasarkan sistem meritokrasi. Penggiraan Merit berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
Pengiraan Merit
Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.
Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
-90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
-30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Markah yang diberikan berdasarkan gred Keputusan SPM
Pengiraan Merit Aliran Sains
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :
(a) 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
-Matematik
-Matematik Tambahan
-Fizik
-Kimia
-Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
(b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.
Contoh Pengiraan
1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A
2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)
Matematik A+ = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A- = 14
Kimia A = 16
Biologi A- = 14
JUMLAH = 78
3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)
Bahasa Melayu A+ = 18
Bahasa Inggeris A+ = 18
Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH = 54
4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= 81
Jumlah Merit
= Jumlah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 81 + (Markah kokurikulum dari pihak sekolah)
Penyediaan Susunan Merit (Ranking)
Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;
Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).