Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekeliling

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana terdapat interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar.  Bagaimanapun keseimbangan alam sekitar akan terancam jika alam sekitar tidak dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya.


Oleh itu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar penting kerana:

1) Mengekalkan kesihatan yang baik. Udara dan air tercemar menyebabkan penyakit. Contohnya, bahan pencemar udara, CFC boleh menyebabkan kanser kulit dan katarak mata.


2) Memastikan air bersih mencukupi. Oleh itu dapat mengelakkan masalah kekurangan air untuk makan, minum dan membasuh. Sungai dan laut yang bersih menjamin kemandirian organisma akuatik.


3) Mengekalkan kesuburan tanah dan mengelakkan hakisan tanah. Tanah yang subur  dan tidak terhakis sesuai untuk pertanian dan  pembangunan.


4) Melindungi haiwan dan tumbuhan. Ia dapat mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna. Rafflesia dan orang utan adalah antara flora dan fauna yang terancam akibat pemusnahan hutan. Selain itu, ia memastikan haiwan dan tumbuhan membiak kerana manusia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan untuk keperluan harian.


5) Mengekalkan hutan. Hutan adalah sumber utama kayu balak. Kayu balak diperlukan sebagai bahan binaan. Hutan juga habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna.


6) Mengekalkan suhu bumi Jika pemanasan global terlaku, ais dikutub utara dan selatan akan cair, menyebabkan peningkatan paras air laut. Malah pemanasan global juga menyebabkan banyak haiwan akan mati kepanasan, contoh seperti pengiun.







Photobucket