10 Keburukkan Minum Minuman Beralkohol


Minum minuman beralkohol adalah haram dari sudut Islam. Berikut adalah 10 alasan kenapa minuman alkohol layak dijauhi.

1. Ketagihan
Ketagihan adalah salah satu kesan yang paling ketara jika seseorang menggunakan alkohol dalam jangka masa panjang. Hal ini bererti seseorang harus minum lebih banyak sebelum mabuk atau agar boleh merasa lebih rileks.

2. Dehidrasi (kekurangan air)
Seseorang akan mengalami gejala dehidrasi (withdrawal) ketika cuba untuk berhenti minum secara tiba-tiba atau apabila bangun keesokan harinya. Gejala ini termasuk merasa cemas, mual, muntah-muntah, mudah marah, kehilangan nafsu makan dan perasaan gementar.

3. Penyakit hati
Menurut University of Maryland Medical Center penggunaan alkohol boleh menyebabkan penyakit hati kronik, seperti fatty liver (lebih daripada 90 peratus pengguna alkohol), serta hepatitis alkoholik dan sirosis alkohol yang boleh mengakibatkan kegagalan hati.

4. Mengakibatkan kemalangan
Alkohol akan mengganggu kemampuan seseorang memandu dan melambatkan proses berfikir.Gabungan keadaan ini menjadi penyebab seseorang mengalami kemalangan selepas minum alkohol.

5. Perilaku berbahaya
Alkohol boleh mengurangkan kemampuan inhibisi alami seseorang, sehingga orang yang mabuk seringkali melakukan hal-hal berbahaya tanpa disedarinya seperti berkaitan seks tanpa menggunakan kondom atau menyeberang jalan sembarangan.

6. Keretakkan suatu hubungan
Mengambil alkohol tidak hanya memberi kesan terhadap diri sendiri, tetapi juga orang-orang di sekitarnya seperti anak-anak. Kerana keganasan rumah tangga seringkali terjadi pada orang yang menyalahgunakan alkohol dan anak-anak mungkin menderita trauma jangka panjang akibat kebiasaan minum orang tuanya tersebut.

7. Kemurungan
Dalam jangka pendek alkohol boleh memberikan kesan untuk rehat, tapi tanpa disedari alkohol justeru memberikan sumbangan terhadap perkembangan kemurungan. Sekitar 40 peratus peminum berat menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

8. Kehilangan pekerjaan
Semakin sering seseorang minum arak, maka semakin berkurang pemikirannya tentang tanggung jawab termasuk pekerjaan. Hal ini akan menurunkan produktiviti bekerja dan nantinya berakhir pada pengangguran.

9. Menyumbang masalah undang-undang
Mengambil alkohol boleh mencetuskan terjadinya masalah undang-undang, seperti ditangkap akibat perilaku tidak tertib atau memandu di bawah pengaruh alkohol.

10. Mengabaikan kebersihan diri sendiri
Seseorang yang mengambil alkohol lama kelamaan akan mengabaikan kebersihan dirinya sendiri, seperti memakai baju yang sama berulang-ulang, jarang mandi atau lupa memberus gigi. Kerana yang ada di dalam fikiran orang tersebut hanyalah alkohol dan berhenti memikirkan hal lain.



Photobucket