Terapi Sinar Inframerah Dekat (Sinar NIR) Menggunakan Fotomodulasi LED

Cahaya tampak, sinar gama, sinar X, sinar UV, sinar IR, gelombang mikro, gelombang panjang dan gelombang radio adalah gelombang-gelombang elektromagnetik. Gelombang elektromagnetik adalah sejenis gelombang yang tidak memerlukan medium untuk bergerak. Gelombang ini dihasilkan oleh pergerakkan elektron.

Gelombang elektromagnet dikelaskan berdasarkan panjang gelombang.  Gelombang radio mempunyai panjang gelombang terpanjang manakala sinar gama mempunyai panjang gelombang terpendek.



Sinar IR
mempunyai panjang gelombang antara 700 nm dan 1 mm. Sinar IR mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang dari cahaya tampak, tetapi lebih pendek daripada gelombang mikro. Nama sinar inframerah bermaksud 'bawah merah'. (dari bahasa Latin infra bermasud "bawah"). Hal ini kerana sinar IR berada dibawah sinar merah dari cahaya tampak.


Jenis-jenis Sinar IR

  • Near Infra Red (NIR) : 0.75 – 1.5 µm
  • Mid Infra Red : 1.50 – 10 µm
  • Far Infra Red (FIR) : 10 – 100 µm


Ciri-ciri Sinar IR

  • Tidak dapat dilihat oleh mata manusia
  • Tidak dapat menembusi medium yang tidak lutcahaya
  • Terhasil daripada komponen yang menghasilkan panas
  • Panjang gelombang pada inframerah berkadar sonsong dengan suhu. Jika suhu meningkat, maka panjang gelombang menurun.


Kegunaan Sinar IR bagi kesihatan

  • Mengaktifkan molekul air dalam tubuh. Hal ini disebabkan karena inframerah mempunyai getaran yang sama dengan molekul air. Sehingga, ketika molekul tersebut pecah maka akan terbentuk molekul tunggal yang dapat meningkatkan cairan tubuh.
  • Meningkatkan peredaran mikro. Semasa molekul air bergetar dengan kehadiran pengaruh inframerah haba akan terhasil dan menyebabkan salur darah membesar dan memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan tekanan jantung.
  • Meningkatkan metabolisma tubuh. Jika peredaran mikro dalam tubuh meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisma badan. Hal ini dapat mengurangkan beban hati dan ginjal.
  • Mengimbagi pH badan. Sinar IR membersihkan darah, memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan asid dalam darah.

Sinar IR selalu digunakan dalam bidang fisoterapi untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan otot dan tulang seperti sakit pinggang, sakit lutut dan sakit punggung. Salah satu alat yang menggunakan sinar IR adalah LED Belt. (dipasarkan oleh Cosway). Pesakit perlu membalut bahagian badan yang sakit menggunakan LED Belt.


Alat ini menggunakan teknologi Fotomudulasi LED. Sinar IR Dekat (NIR) dan Cahaya Merah digabungkan dan dipancarkan menggunakan lampu LED.




Sinar NIR (Sinar IR Dekat) adalah satu rangkaian cahaya selamat yang tidak dapat dilihat. Ia boleh menembusi tisu pada kedalaman kira-kira 40 mm dan amat berkesan untuk melegakan penyakit tulang, sendi dan tisu dalaman otot.

Cahaya Merah Nampak pula menembusi tisu pada kedalaman 10 mm dan berkesan dalam merawat masalah permukaan yang berkaitan dengan luka, parut, titik pencetus dan titik akupuntur dan amat bermanfaat dalam merawat jangkitan.

Dalam proses ini, Sinar NIR dan cahaya dihantar dalam bentuk foton untuk menghidupkan dan merangsang fotoreseptor sel-sel yang rosak. Ini berkesan untuk memulakan proses penyembuhan, mengakibatkan penurunan secara menyeluruh dalam tempoh penyembuhan dan pengurangan ketara dalam kesakitan, keradangan, bengkak dan ederma (bengkak akibat pengumpulan cecair).

Fotomodulasi LED digunakan oleh NASA untuk mengekalkan kesihatan angkasawan semasa mereka di ankasa lepas.




Rujukan:
http://azharbinhassan.blogspot.com/
http://www.infobelajar.com/


Photobucket