CPUV Nuffnang Setelah 8 bulan

Nuffnang adalah salah satu ejen pengiklanan online terbesar di Malaysia. Terdapat dua jenis iklan dalam Nuffnang iaitu Kempen CPC dan Kempen CPUV. Bagi Kempen CPC, Admin blog akan mendapat komisyen apabila pelawat meng'klik' iklan Nuffang. Kempen CPUV pun, admin akan mendapat komisyen jika iklan diletakkan dalam sesuatu blog. Selalunya Kempen CPUV yang menjadi idaman Admin blog. Untung nasib, dapat buat duit tambahan.

Seletah 8 bulan bersama Nuffnang, inilah kali pertama saya dapat merasakan keterujaan mendapat CPUV. Terima kasih pada Q3 Prepaid Roaming...dan juga Ford MCA Launch. Walaupun CPUV saya tak sehebat blog-blog lain, tapi saya rasa seronok tak terhingga.





Iklan CPUV masuk ke blog saya sejak bulan Mac yang lalu. Tapi, agak pelik, iklan-iklan tersebut cuma berada di blog saya sehari sahaja dan tiada langsung CTR.



Photobucket