10 Sebab Untuk Minum Air Suam

Antara air sejuk, air suam dan air biasa, yang manakah pilihan anda? Adakah air suam pilihan yang berbaik? Berikut, adalah kebaikan minum air suam.



1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.


3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.


4. Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.


5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.


6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.


7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.


8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

9. Mencergaskan otak
Tanpa air yang cukup, tubuh mendapat kurang oksigen. Kekurangan oksigen dalam tubuh akan menyebabkan kita cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekaligus mencerdaskan otak. Otak yang cerdas dapat menjadikan kita lebih sihat dan kelihatan lebih muda.

10. Membersihkan buah pinggang
Minum air suam sangat digalakkan bagi mengelakkan buah pinggang kita berkerja lebih keras dan boleh menyebabkan kerosakan pada organ tersebut.



Photobucket