Langkau ke kandungan utama

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills(HOTs) adalah satu agenda penting negara yang mesti diterap dalam kalangan murid dan guru. Selaras dengan dasar Tranformasi Pendidikan Negara, transformasi pentaksiran dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang KBAT, Bahagian Pembangunan Guru dengan kerjasama RESCAM menjalankan Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk Jurulatih Utama Sains dan Matematik. Kursus ini dijalankan selama 3 minggu, dari 2 September hingga 20 September bersamaan dengan 30 contact-hours. Ia melibatkan 195 peserta, iaitu seorang guru bagi setiap daerah seluruh Malaysia, pensyarah IPG dan pensyarah IPTA.

Salah seorang dari pesertanya adalah....saya!!!! Kebanyakkan adalah guru-guru senior. Ramai juga guru cemerlang.Cuma beberapa orang je kot muka-muka DG41. Tapi seronok bekerja dengan senior, banyak pengalaman, banyak ilmu. Bersama dengan mereka, terasa diri ni sangat kerdil...





Sepanjang berkursus kami tinggal di International House RECSAM. Macam hotel la jugak tempatnya. Bilik luas dan ada kemudahan wifi, swimming pool, serta sauna. Antara goodies yang dapat semasa pendaftaran adalah ring fail, beg, kotak pencil, alat tulis, buku nota dan termos.




Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A di Thailand Room manakala Kumpulan B di Penang Room. Disebabkan saya sampai lewat, iaitu semasa slot sedang berlangsung (saya sampai hari ke-2) saya masuk ke kumpulan A dahulu. Selepas pendaftaran, saya diminta masuk ke kumpulan B.

Ini adalah Thailand Room, untuk Kumpulan A. Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia sedang membentangkan mengenai item KBAT.



Ini pula adalah Penang Room, tempat saya bersama kumpulan B jalankan aktiviti kursus. Kursus KBAT ni, bukan sekadar mendengar taklimat, banyak aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan langsung. So far, seronok, tak sempat nak mengantuk. Cuma otak je penat, dipaksa banyak berfikir. Tapi, normal la, kalau berkursus, memang banyak berfikir sebab banyak input baru.



Salah satu aktiviti yang dijalankan pada hari ke-2 adalah merancang satu eksperimen/aktiviti daripada bahan yang diberikan. Kemudian, berdasarkan eksperimen itu peserta dikehendaki membina item berdasarkan Revised Taxonomy Bloom.




Menarik ke tak kursus ni? Kursus tiga minggu. Kemudian, ditauliahkan sebagai JU KBAT Sains. Apabila pulang, kena sampaikan kursus di daerah masing-masing selama 5 hari kepada Pengetua dan Ketua Panitia.





Photobucket

Catatan popular daripada blog ini

PSPM Question and Answer Suggestion SK025 and SK026

Assalamualaikum and hello champions. Are ready for PSPM? The answer in the booklet is just for reference only. Please refer your lecturer for explanations. Don't forget to subscribe my telegram channel too  https://t.me/blogfarahiyah   SK026 2011/2012:  https://anyflip.com/qgqpm/dyre/ 2012/2013 :  https://anyflip.com/qgqpm/iexf/ 2013/2014:  https://anyflip.com/qgqpm/lqgy/ 2014/2015:  https://anyflip.com/qgqpm/ccih/ 2015/2016:  https://anyflip.com/qgqpm/xaku/ 2016/2017:  https://anyflip.com/qgqpm/adkc 2017/2018:  https://anyflip.com/pnrrr/mfyv SK025 2018/2019:  https://anyflip.com/pnrrr/iiyh 2019/2020:  https://anyflip.com/yrcyt/uzxe/ 2020/2021:  https://anyflip.com/yrcyt/psud/ 2021/2022:  https://anyflip.com/yrcyt/gfhx/ Penafian:  Bahan-bahan ini adalah hasil carian Google. Bukan disediakan oleh admin. Admin hanya membuat compilation sahaja.

Hubungi saya, Cikgu Farahiyah

Bagi yang berminat untuk berkolaborasi, jaringan, perkongsian serta review, Cikgu Farahiyah boleh dihubungi menerusi email farahiyah.blogger@gmail.com. Saya juga menyediakan post percuma kepada para pendidik untuk berkongsi inovasi PdP untuk penyebarluasan produk. Yang penting, cikgu-cikgu sediakan penerangkan produk sepanjang 500 patas perkataan dan dua keping gambar. Perkongsian terkini Cikgu Farahiyah juga boleh diikuti menerusi: Contact Cikgu Farahiyah Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/farahiyahomar Facebook Page:  https://www.facebook.com/blogfarahiyah Twitter:  https://twitter.com/farahiyah_omar Instagram: https://www.instagram.com/farahiyah_omar Telegram Channel:  https://t.me/blogfarahiyah Pinterest: https://www.pinterest.com/farahiyahomar LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/farahiyahomar RSS:  Telegram:  https://t.me/farahiyah_omar

SK025 Experiment 6 Aldehydes and Ketones

Hello champions. Experiment  6 is the most colourful experiment. Pink, purple, yellow, orange, blue and even silver mirror is formed at instant. Everything is so magical. This experiment is used to differentiate aldehydes and ketones  using Brady's test, Fehling's test, Tollen's test, Schiff's test, Tollens' test and iodoform test. Here is the demonstration video by KMPK's lecturer.  And, at here is the discussion for the experiment. In this video, I shared report writing tips, such as introduction, discussion, precautions and conclusion. The colourful products of experiment are there too. For your observation, please follow the following tips: Brady's test: positive observation: yellow orange precipitate formed negative observation: no yellow orange precipitate formed @ no observable changes Fehling's test: positive observation: blue colour of Cu2+ decolourised and brick red precipitated formed, Cu2O negative observation: blue colour of Cu2+ remains unc...