Doa Tulang Patah

Doa Tulang Patah



Pada 2 Oktober yang lalu, mak saya tergelincir dan tulang tangannya patah. Kedua-dua tulang tangannyanya patah...tulang mak patah dan retak seribu. Doktor menggunakan CT-scan untuk mengesan tulang patah pada tangan mak saya. (mesin yang selalunya digunakan untuk mengesan sel kanser tu)



Sekarang ni, mak di Hospital Universiti, KL, menunggu hari untuk pembedahan. Doktor kata, kena masukkan plate dalam tangan, kalau tak masukkan plate dalam tangan, tulang akan bersambung juga tapi bentuk tulang tak betul, dan nanti tangannya tak boleh digunakan lagi.

Sepatutnya pembedahan dirancang pada hari Isnin,  7 Oktober, tapi mungkin akan ditunda kerana supplier tiada stok untuk salah satu  spesifikasi plate yang doktor kehendaki.  Sebenarnya, untuk pembedahan tangan mak saya ni, ada tiga jenis plate yang doktor minta kami beli. Jumlah harganya, melebihi RM7000.00 (terkejut saya).

Saya terjumpa satu doa untuk tulang patah.
1. Baca surah Al fatihah dan ayatul kursi
2. Baca surah Al bakarah ayat 22


Maksudnya:
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  


3. Baca surah Al-mu’minun dari ayat 11-14 sambil sapu tempat yang patah atau sendi yang sakit dengan gel pokok lidah buaya.





Maksudnya:
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.(11)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah (12)
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh (13)
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.  (14)