Langkau ke kandungan utama

Kereta api Terbakar di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar (2/11/2013) : Tindakan pantas seorang pemandu kereta api memadam kebakaran enjin di lokomotif (kepala kereta api) berjaya mengelak kereta api yang dinaiki 442 penumpang dari Hadyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian berhampiran jambatan kereta api Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, kepala kereta api itu dipercayai tiba-tiba terbakar sehingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi memadam kebakaran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi berkata, tiada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atau penumpang cedera.

“Semua penumpang dibawa ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar manakala kepala kereta api ditarik ke Stesen Kereta Api Sungai Siput. Setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, semua penumpang meneruskan perjalanan ke ibu negara menggunakan kepala kereta api gantian tidak lama kemudian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.39 pagi sebelum tiba berhampiran tempat kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, pihak bomba sukar menghampiri landasan kereta api kerana permukaan tanah tidak rata dan berbukit. Bagaimanapun, beberapa anggota berjaya masuk berhampiran kepala kereta api lalu mengambil alih sepenuhnya usaha memadam kebakaran.


http://www.hmetro.com.my/articles/Keretaapaiterbakar/MA/Article

Catatan popular daripada blog ini

PSPM Question and Answer Suggestion SK025 and SK026

Assalamualaikum and hello champions. Are ready for PSPM? The answer in the booklet is just for reference only. Please refer your lecturer for explanations. Don't forget to subscribe my telegram channel too  https://t.me/blogfarahiyah   SK026 2011/2012:  https://anyflip.com/qgqpm/dyre/ 2012/2013 :  https://anyflip.com/qgqpm/iexf/ 2013/2014:  https://anyflip.com/qgqpm/lqgy/ 2014/2015:  https://anyflip.com/qgqpm/ccih/ 2015/2016:  https://anyflip.com/qgqpm/xaku/ 2016/2017:  https://anyflip.com/qgqpm/adkc 2017/2018:  https://anyflip.com/pnrrr/mfyv SK025 2018/2019:  https://anyflip.com/pnrrr/iiyh 2019/2020:  https://anyflip.com/yrcyt/uzxe/ 2020/2021:  https://anyflip.com/yrcyt/psud/ 2021/2022:  https://anyflip.com/yrcyt/gfhx/ Penafian:  Bahan-bahan ini adalah hasil carian Google. Bukan disediakan oleh admin. Admin hanya membuat compilation sahaja.

Hubungi saya, Cikgu Farahiyah

Bagi yang berminat untuk berkolaborasi, jaringan, perkongsian serta review, Cikgu Farahiyah boleh dihubungi menerusi email farahiyah.blogger@gmail.com. Saya juga menyediakan post percuma kepada para pendidik untuk berkongsi inovasi PdP untuk penyebarluasan produk. Yang penting, cikgu-cikgu sediakan penerangkan produk sepanjang 500 patas perkataan dan dua keping gambar. Perkongsian terkini Cikgu Farahiyah juga boleh diikuti menerusi: Contact Cikgu Farahiyah Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/farahiyahomar Facebook Page:  https://www.facebook.com/blogfarahiyah Twitter:  https://twitter.com/farahiyah_omar Instagram: https://www.instagram.com/farahiyah_omar Telegram Channel:  https://t.me/blogfarahiyah Pinterest: https://www.pinterest.com/farahiyahomar LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/farahiyahomar RSS:  Telegram:  https://t.me/farahiyah_omar

SK025 Experiment 6 Aldehydes and Ketones

Hello champions. Experiment  6 is the most colourful experiment. Pink, purple, yellow, orange, blue and even silver mirror is formed at instant. Everything is so magical. This experiment is used to differentiate aldehydes and ketones  using Brady's test, Fehling's test, Tollen's test, Schiff's test, Tollens' test and iodoform test. Here is the demonstration video by KMPK's lecturer.  And, at here is the discussion for the experiment. In this video, I shared report writing tips, such as introduction, discussion, precautions and conclusion. The colourful products of experiment are there too. For your observation, please follow the following tips: Brady's test: positive observation: yellow orange precipitate formed negative observation: no yellow orange precipitate formed @ no observable changes Fehling's test: positive observation: blue colour of Cu2+ decolourised and brick red precipitated formed, Cu2O negative observation: blue colour of Cu2+ remains unc...