Hari Sabtu minggu depan pihak sekolah akan menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Saya diberikan satu slot untuk sampaikan maklumat mengenai program i-Think dan lapan jenis peta pemikiran.
Awal Februari pula, saya akan handle Bengkel i-Think untuk murid-murid pula. Bengkel ini dijalankan selama seminggu. Kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Rasanya saya bukan sekadar handle bengkel ini, tapi jadi penceramah tetap.
Disamping LDP iThink untuk guru dan bengkel iThink untuk murid-murid, saya perlu sediakan contoh-contoh peta pemikiran untuk ditampalkan di Papan kenyataan disekitar sekolah dan di dalam makmal sains.
Jadi, malam ni, jom kita study tentang iThink. Tengok balik semula 8 bentuk peta pemikiran. Kemudian sediakan power point untuk LDP guru dan bengkel. Kalau rajin lagi, buat bahan edaran dan bahan untuk ditampal pada papan kenyataan.
Jom ber- iThink!
Sambil-sambil jom tengok video i-Think ni. Comel jugak kalau mintak pelajar nyayi lagu i-Think!