Wishlist: Berkahwin sebelum 30 tahun

Jodoh itu pasti. Tapi di mana, bila dan bagaimana adalah rahsia Allah. Pada usia kita 6 bulan di dalam rahim ibu, Allah telah menetapkan ajal maut, rezeki dan jodoh kita. Saya masih lagi tercari-cari siapa jodoh yang Allah tetapkan untuk saya. Teringin sangat mengenali dirinya.

Wish list saya yang pertama adalah berkahwin sebelum umur 30 tahun. Saya harap sangat ia menjadi kenyataan. Terasa kekurangan apabila melihat semua kawan-kawan sepermainan sudah mendirikan rumah tangga. Menghadiri majlis walimatul urus mereka kadang-kandang membuatkan hati sayu. Lebih sebak lagi apabila murid sendiri yang menjemput ke kenduri kahwin mereka.

Jodoh saya

Saya harap dapat berkenalan dan berkahwin dengan Si Dia pada tahun ini. Dulu, sebelum saya jadi guru, saya ada tanggapan, guru kahwin muda, sebab saya tengok macam semua jejaka-jejaka Malaya nak cari isteri seorang guru. Malah, aktor kacak bergaya, Fahrin Ahmad pun mencari jodoh seorang guru. Tapi rupa-rupanya jodoh itu bergantung kepada rezeki masing-masing.

Orang kata, kalau jodoh tak datang, kita kena cari. Tapi macam mana nak cari jodoh. Dari zaman sekolah, ke zaman universiti dan hinggalah sekarang, rasanya kawan saya yang berjantina lelaki tak sampai sepuluh orang. Itu pun dah lost contact. Jadi, macam mana saya nak cari jodoh? Help me, please.


Solat hajat dan Doa

Salah satu cara nak mendapatkan jodoh adalah solat hajat dan doa. InsyaAllah, saya akan mendirikan solat hajat meminta dipermudahkan rezeki jodoh saya dan berkahwin pada tahun ini. Kawan saya pernah ajar, kalau ada sesuatu permintaan, karang satu doa dan baca doa tersebut 30 kali sehari. InsyaAllah akan termakbul. Rasanya saya nak buat macam tu. Sebahagian daripada doa itu, saya akan selitkan doa di bawah ni.




Kepada semua pembaca blog cikguzamrud.com, doakan saya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh pada tahun ini. Saya tak memilih, tapi of course, saya tak nak kahwin dengan suami orang, saya tak nak kahwin dengan duda dan saya tak nak kahwin dengan playboy.