Kenapa Saya Memilih Menjadi Pensyarah Matrikulasi?

Seawal saya mula melapor diri sebagai seorang guru pada 1 November 2007, saya dah tanamkan tekad, saya tak nak menjadi guru biasa sehigga pencen. Saya beri tempoh empat tahun kepada diri saya, samada mahu kekal dalam dunia pendidikan atau, selepas empat tahun, saya resign menjadi guru dan menceburi bidang lain. Kenapa empat tahun? Sebab saya adalah pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kontrak, saya harus berkhidmat selama empat tahun dengan KPM.


Sepanjang empat tahun pertama, azam saya nak sambung master. Sekurang-kurangnya saya bukan seorang guru biasa yang ada degree, tapi ada master. Saya apply master dan setiap application saya diterima. Saya apply UPSI, UPM dan UKM. tapi saya tak pergi sebab komitmen pada sekolah sangat tinggi. Hampir setiap weekend ada aktiviti, so macam mana saya nak pergi sambung belajar...akhirnya, angan-angan saya berkubur. Tapi dalam hati ini, masih ada sisa-sisa yang mendesak diri untuk memiliki segulung sarjana.


Tahun 2012, tahun ke-lima perkhidmatan saya. Saya dah mula berkira-kira, adakah memang sudah tertulis, saya akan menjadi guru selamanya. Banyak kali saya mencari peluang kerjaya yang lebih sesuai untuk saya, tapi menemui jalan buntu. Apabila dihitung baik buruk, saya telah membuat keputusan untuk kekal menjadi guru. Walaupun banyak cabaran menjadi guru tetapi saya dah mula serasi dengan kehidupan sebagai seorang guru.  Melihat pelajar berjaya memberi kepuasan kepada saya.


Apabila saya positif menjadi guru, mulalah peluang terbuka satu persatu. Orang kata, bila kita redha, semua akan jadi lebih mudah. Apabila saya redha kerjaya saya sebagai guru, mulalah fasa-fasa yang tak disangka. Pengetua acap kali mengingatkan saya untuk siap sedia apply jadi guru cemerlang sebab saya dah nak menghampiri 5 tahun perkhidmatan.  Lagipun di sekolah saya ada guru cemerlang JUSA C Biologi, jadi senang la kalau saya nak minta tunjuk ajar daripada GC tu.Malah dia pun bersedia untuk membantu sebab dia adalah Pengetua Cemerlang. Tapi semasa pengetua suruh saya apply GC, saya masih tak bersedia. Alasan saya pada pengetua, saya nak jadi GC Kimia. Kalau dia nak saya apply GC, kena tambahkan kelas kimia dalam jadual waktu saya dan kurangkan kelas Sains. (mengada-ngada kan)


Tapi sejak dia suruh saya jadi GC, saya dah mula pasang angan-angan untuk jadi GC. Sebab saya tak nak jadi guru biasa sampai pencen. Ada ketika, semasa saya tension dengan masalah di sekolah, saya selalu pujuk diri dengan kata-kata ni "Saya dah jadi pelajar cemerlang, saya nak jadi guru gemilang" Kalau nak jadi guru gemilang, kena la mohon jadi Guru Cemerlang. Bukan  untuk pangkat atau pengiktirafan, tapi sekadar kepuasan untuk diri sendiri.


Disaat-saat saya kuat berangan nak jadi GC, keluar surat arahan untuk saya pergi ke Penataraan PBS Sains Peringkat Kebangsaan untuk Jurulatih Utama PBS Sains. Semasa penataraan PBS Sains Peringkat Kebangsaan saya berkenalan dengan ramai Guru Cemerlang. Saya kagum dengan mereka. Terasa sangat kerdil apabila bersama mereka. Sepanjang saya berkenalan dengan mereka saya dapati setiap GC mempunyai prinsip yang sama, mereka jadi GC sebab mereka nak bantu guru dan murid-murid untuk cemerlang. Teruja sangat saya melihat gaya mereka berkerja. Kalau di sekolah dan di FB selalu kita tengok guru-guru merungut tapi apabila bergaul dengan mereka, saya mulai yakin, setiap masalah ada penyelesaian dan mereka akan selalu menolong guru dan murid yang ada masalah...suke2! Semakin tinggi harapan saya untuk menjadi GC. Tapi GC Sains lah sebab saya jadi JU PBS Sains....


Tamat cerita tahun 2012. Masuk tahun 2013, pengetua yang suruh saya jadi GC dah pindah sekolah lain. Bila dia tak de, saya pun tak semangat nak apply jadi GC. Saya pandang sepi je borang pemohonan guru cemerlang sedangkan saya dah buat filing untuk mohon jadi GC. Dan tahun 2013 adalah tahun saya down+tension sangat, sebab walaupun saya JU PBS Sains, tapi PBS saya terabur, Serious, saya sendiri tak buat apa yang saya sampaikan semasa penataraan PBS. Sebab tu saya rasa saya tak layak jadi GC. GC-GC yang saya kenal, kerja mereka tip top, tapi saya tak dapat buat PBS dengan cemerlang sedangkan saya JU...huhu. I'm frustrated with myself.


Saat-saat saya down, saya terima satu lagi arahan untuk menjadi JU KBAT Sains. Berat hati nak pergi setelah PBS saya tak dapat jalankan dengan baik. Tapi pergi la jugak, sebab ia adalah arahan. Semasa kursus JU KBAT Sains, saya berjumpa kembali dengan GC-GC semasa Kursus JU PBS Sains. Malah kali ini lebih ramai kerana ia melibatkan seluruh Malaysia. Guru-guru cemerlang ni, memang sangat bagus, dan mereka memang layak jadi GC. Bila difikir semula, mungkin Tuhan mahu saya jadi guru cemerlang, sebab itu Dia temukan saya dengan ramai guru cemerlang. Tamat kursus tu, saya berazam nak jadi GC, sebab saya nak jadi macam mereka dan nak jumpa mereka lagi dalam kursus-kursus yang melibatkan GC.  A chance to meet them is an honor for me. Azam saya nak apply GC pada tahun 2014.




Tapi apabila tirai 2014 dibuka, sedang saya sibuk dengan tugas-tugas sebagai guru, saya terima arahan untuk menjadi Pensyarah Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Sarawak. Arahan ini tiba tanpa dijangka walaupun saya memang pernah memohon pada April 2012 dan pergi temuduga sebagai pensyarah matrikulasi pada September 2012. Sangka saya, permohonan saya ditolak, sebab dah setahun daripada tarikh temuduga. Tup-tup, dapat arahan pulak...Arahan penempatan ye, bukan tawaran pensyarah matrikulasi. Maksudnya, nak tak nak, saya kena pergi. Its an order. Full stop. Tapi pengetua saya kata, kalau saya nak menolak boleh, sebab dalam surat tu dinyatakan jika saya tidak melapor diri dalam masa yang ditetapkan, maka saya dikira menolak. Cuma pengetua tak pasti implikasi jika saya menolak. Saya tak nak kena black list dengan KPM.


Bagi saya, saya terima arahan penempatan sebagai Pensyarah Matrikulasi ini dengan hati yang terbuka walaupun agak sedih dan terkejut ditempatkan di Sarawak. Sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai guru, banyak pengalaman yang saya perolehi. Ada antaranya tidak diperolehi oleh guru-guru lain seperti membimbing pelajar sehingga ke pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan, menjalankan program-program usahasama dengan agensi luar seperti Bristish Counsil, UPSI dan USM, dan menjadi Jurulatih Utama. Peluang menjadi JU adalah pengalaman yang paling berharga sepanjang jadi guru kerana saya dapat berkenalan dengan ramai orang yang hebat, dikenali oleh ramai guru (perasan femes) dan yang paling best, menyampaikan kursus pada Pengetua-pengetua semasa kursus KBAT.


Di matrikulasi atau di sekolah, pada saya keadaannya sama. Pada mulanya saya mengalami kejutan budaya tapi setelah lebih sebulan di sini, saya dapati tidak banyak perbezaan antara sekolah dan matrikulasi. Mungkin kerana kedua-duanya di bawah KPM, jadi pengurusannya hampir sama. Hubungan antara pensyarah dan pelajar juga rapat seperti cikgu dan murid. Cuma di matrik ini, pensyarah hanya bersama pelajar dalam tempoh setahun atau dua tetapi guru mengenali murid lima hingga tujuh tahun. Dari segi bidang tugas, tugas di sini lebih terfokus tetapi masa kerja rasmi lebih panjang.


Bagi saya, berhijrah ke kolej matrikulasi bermakna saya tak menjadi guru biasa sehingga  pencen. Saya dah maju setapak dalam bidang kerjaya saya. Alhamdulillah. Di sini tempat saya, dan bagi rakan-rakan yang masih di sekolah, teruskan mendidik murid-murid di sekolah. Di sekolah bermula segalanya.


Daripada seorang guru terlahirnya perdana menteri, doktor, jurutera, peguam dan sebagainya.  Ramai guru-guru yang jatuh cinta untuk menjadi guru sekolah selamanya seperti Cikgu Hailmi. Walaupun dah terbuka peluang untuk berhijrah ke kolej Matrikulasi, dia tetap memilih untuk kekal di sekolah. Jom baca entri beliau Kenapa saya pilih jadi cikgu sekolah bukan pensyarah matrikulasi. Mungkin ramai yang pernah melalui pengalaman seperti beliau.