Saya dah ubah fikiran. Saya kembali kepada cinta pertama saya. Dan bila saya tengok, yang asal lebih serasi dengan jiwa saya. Walaupun template asal tak mesra SEO dan tak nampak macam template blogger profesional tapi masih menarik dari kaca mata saya. Lagipun, saya memang suka pocca dot.



Dulu, dulu, dulu...saya tukar kepada background putih supaya lebih mesra pembaca. Saya ambil template yang paling ringkas supaya pembaca blog saya tak perlu tunggu lama untuk page loading. Tapi sekarang pembaca blog dah kurang, saya pun makin kurang minat untuk nak update blog. Minat saya sekarang adalah tidur, ZZZZZzzzz.... Serius, saya tidur awal, bangun lewat. Kalau ada masa, petang pun saya tidur. Sedikit sebanyak, saya tension di sini. Saya cuba lari dari masalah dengan terbang di alam fantasi (^__^)

Anyway, lupakan gundah gulanda saya di tempat baru sebab sekarang saya tengah bercuti. HOREYYY! Saya cuti dua minggu. So, saya sekarang berada di Kuala Kangsar. Setelah dua bulan tak drive kereta sendiri, saya rasa pelik sebab saya tak kekok pun untuk memandu. Kucing-kucing pun masih ingat kat saya lagi. Everything is just as same as before. Tapi, bila saya di rumah ni, memang rasa sangat menyesal pergi ke Kuching sebab di sini jauh lebih baik dari di sana. Harapnya, saya tak lama di Kuching. Saya nak berada di Semenanjung. Saya nak bersama dengan keluarga saya. Sekarang baru saya tahu, perasaan cikgu-cikgu yang mengajar di Sabah dan Sarawak.


8 Ulasan

Cikgu Hailmi berkata…
Best giler kan bila dapat balik kampung time cuti cam nih?..
Begitulah betapa excited nya saya setiap kali dapat balik kampung... ;)
ok.. enjoy your holiday!!!
farahiyah berkata…
tu la, x pernah tinggalkan rumah selama hari ni. Sekarang bila dh jauh baru menyesal.
Cik Matahariku berkata…
Cik Hijau, semoga cepat menyesuaikan diri:)kadang-kadang kita memang susah terima sesuatu perubahan dalam hidup kan,apa pun saya doakan yang terbaik sentiasa untuk Cik Hijau.Teruslah menulis di blog krn ada masa menulis juga satu terapi mententeramkan jiwa..hee.
Unknown berkata…
kalau boleh, tulisan akak ni kasi jelas sikit, mama rabun kak.. nak baca tak berapa nak jelas.. hihi
maaf kak ye.. :)
Awanama berkata…
sabar cikgu...lama-lama nanti jatuh cinta dengan kuching dan tak mahu pindah pulak ke semenanjung............
farahiyah berkata…
hahaha...nnt sy ubah tulisan lain yerk. tq bgtau.
farahiyah berkata…
ohh...biar masa menentukan.
farahiyah berkata…
insyaAllah. mmg tak nak stop tulis blog. tp sekarang ketandusan idea.
Lebih baharu Lebih lama