MH 370 dan MH 17: Suratan Atau Kebetulan

 

Selepas peristiwa kehilangan MH 370 di Lautan Hindi, Malaysia dikejutkan lagi dengan peristiwa MH 17 terhempas di sempadan Ukraine. MH 17 terhempas kerana ditempak oleh peluru berpandu, dipercayai dari jenis 'Buk' atau SA-11 yang dimiliki oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.


Kenapa pasawat MAS yang hilang, yang ditembak? MAS milik Malaysia, sebuah negara kecil, negara dunia ketiga, kuasa ekonomi yang kecil. Apabila pesawat MAS hilang dan ditembak, sebenarnya Malaysia tersepit antara dua kuasa ekonomi dunia, Rusia dan US. Sedar atau tidak, kedua-dua negara ini memberi tekanan diplomatik yang sangat kuat kepada Malaysia. Tersilap langkah, terlanjur kata akan menyebabkan politik dan ekonomi Malaysia hancur.


Helah dua negara itu, menyebabkan tahun ini tahun berduka untuk seluruh rakyat Malaysia. Walaupun tiada saudara mara atau rakan terdekat saya yang terlibat dalam MH370 atau MH17, cubit peha kanan, peha kiri akan terasa.