PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA TAHUN 2014

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014 kini kembali. Pertandingan ini adalah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,  Kementerian Pendidikan Malaysia, SKKM dan Pos Malaysia.




Pertandingan ini tamat pada 31 Ogos 2014 dan telah bahagikan kepada 4 Kategori peserta serta 3 tajuk berkaitan dengan industri pelancongan seperti ketentuan di bawah:


4 Kategori Peserta:

i) Kategori A: Sekolah Rendah
ii) Kategori B: Sekolah Menengah
iii) Kategori C: Terbuka (18 tahun ke atas)

iv) Kategori D: OKU (9 – 45 Tahun)


3 Jenis Tajuk: 

1. Tulis sepucuk surat 1 Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan pelancong asing.
2. Tulis sepucuk surat 1 Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia.
3. Tulis sepucuk surat 1 Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan dikawasan anda yang berkonsepkan pelancongan 1 Malaysia.

Tajuk yang dipilih TIDAK PERLU DINYATAKAN dalam borang atau karya anda. Pihak juri professional akan tahu tajuk yang anda pilih berdasarkan isi kandungan karya anda. Selamat berkarya!


Jumlah Perkataan berdasarkan Kategori:

Pastikan karya anda ditulis mengikut jumlah patah perkataan seperti berikut:

i) Kategori A: Sekolah Rendah - 150 hingga 250 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah - 350 hingga 500 patah perkataan
iii) Kategori C: Terbuka (18 tahun ke atas) - 550 hingga 700 patah perkataan
iv) Kategori D: OKU (9 – 45 Tahun) -Tidak melebihi 300 patah perkataan

 
Peserta TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer. Peserta Kategori D OKU (Penglihatan) hendaklah menggunakan mesin taip Braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjermahan.

Anda boleh gunakan apa saja kertas atau bahan penulisan terpulang kepada kreativiti anda, asalkan karya anda ditulis tangan, kemas, dan mudah dibaca.



Setiap penyertaan PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA TAHUN 2014  perlu dipos ke:

(i) Kiriman Biasa
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur


(ii) Kiriman Pos Laju/Pos Ekspress


Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur



Untuk keterangan lanjut dan mengetahui maklumat lanjut berterusan mengenai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014, like dan follow laman sosial di bawah :

Facebook : Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014
Twitter : Surat 1Malaysia 2014
Laman : Pejabat Pos Malaysia