Setahun Bersama cikguzamrud.com


Aku bukan seorang yang suka bercerita mengenai diri sendiri, apatah lagi tentang orang lain. Aku menulis bukan kerana aku suka bermain kata mahupun bijak berpuitis. Aku hanya inginkan suatu penjuru untuk meluahkan perasaan, berkongsi cerita dan melepaskan penat lelah.


Di blog ini, aku menjadi diri aku sendiri. Aku tidak pernah bersketsa di sini. Di sini aku jujur. Aku tidak peduli dengan pengintai disekeliling aku. Tapi aku amat hargai rakan-rakan yang menziarahi aku di sini.


Alhamdulillah, sudah setahun aku bersama cikguzamrud.com. Aku bahagia kerana blog ini masih lagi bernafas bersama aku. Aku harap blog ini akan terus bernafas bersama aku. Beriringan untuk terus memberikan motivasi kepada aku untuk meneruskan karier aku.


Aku hanya seorang cikgu biasa, yang comey dan ringkas. Blog aku, blog biasa yang comey dan ringkas seperti aku.


Terima kasih kerana ada kamu semua yang menemani aku di sini. Hari ini hari merdeka. Hari ini juga ulang tahun cikguzamrud.com