Jom cuba cara mudah untuk mencari Jurnal Pendidikan Malaysia.
Cara 1 :
1. Jika tajuk kajian anda lebih memfokuskan kepada pendidikan di Malaysia, gunakan enjin carian google Malaysia, google.com.my.
2. Gunakan kata kunci. Jika tajuk kajian anda : Motivasi Guru ke atas pencapaian pelajar.
Gunakan kata kekunci : "Motivasi", "pencapaian pelajar".
3. Tentukan jenis fail. Letakkan .pdf atau .docx dalam kotak carian anda. Maka hasil carian anda akan lebih diperkecilkan kepada bahan-bahan berkaitan.
Cara 2 :
Terus ke laman web e-jurnal tempatan seperti berikut:
Jurnal Pendidikan Malaysia (UKM)
MyJurnalMalaysia (Pendidikan)
Jurnal Pendidik & Pendidikan (USM)
Jurnal Pendidikan Islam
Jurnal Pendidikan (MyAIS)
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Jurnal Teknologi Maklumat & Teknologi Pendidikan (IPG Tun Hussien Onn)
Seminar Nasional 2013 (IAB)
Penerbitan IAB
Cara 3:
Gunakan Google School. Tulis kata kunci atau tajuk dalam bahasa melayu atau tulis dalam bahasa Inggeris, diikuti dengan perkataan Malaysia.
Selamat mencuba!