Kenapa saya di sini? Niat asal untuk mengisi masa lapang Sabtu Ahad. Tapi setelah tiga minggu, baru saya sedar bukan setakat mengisi masa pada hari Sabtu dan Ahad tapi menggubah rutin harian saya.
Saya masih lagi mencari penyesuaian sebagai part time student. Rupa-rupanya besar komitmen bila sambung belajar kembali. Kena baca jurnal, buat presentation, buat assignment, bersedia untuk exam...hadir ke kelas.
Doakan, saya berjaya menjadi pelajar cemerlang.