DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN PEGAWAI KERAJAAN

Pernahkah anda terfikir untuk berhenti kerja?


Jika anda pegawai kerajaan, dan ingin berhenti kerja, apakah yang perlu dilakukan? Perlu isi borang atau tulis surat perletakkan jawatan? Notis perletakkan jawatan perlu dibuat dalam masa sebulan atau tiga bulan? Bolehkah letak jawatan serta merta?

Bagi mengetahui prosedur untuk letak jawatan sebagai pegawai kerajaan, bolehlah rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2015 :DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DANPELETAKAN JAWATAN. Ini adalah pekeliling terbaharu. Dalam pekeliling ni, dilampirkan format untuk notis berhenti kerja serta semua info yang harus kita tahu sekiranya ingin berhenti kerja dengan kerajaan.





Tapi kenapa perlu berhenti kerja? Kerana kurang minat? kerana tak suka bos? kerana tak suka budaya kerja? kerana peluang kerjaya yang lebih baik? tak dapat mengembangkan potensi diri? tidak dihargai? stress keterlaluan? berkahwin? menjaga anak? ingin berpindah? sambung belajar? Masing-masing ada sebab kenapa mereka ingin berhenti kerja. Kalau saya berhenti kerja, apakah sebab utama? 





If you want to change something you've never had, the you've got to do something you've never done.