SEMAKAN TAWARAN CALON JAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017



Kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2015, anda boleh membuat semakan tawaran ke program matrikulasi mulai 14 April 2016. Semakan tawaran boleh menggunakan 2 kaedah iaitu SMS atau online.

Semakan melalai SMS:


Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888

Contoh : MOE MAT 980704085973


Semakan dalam talian:



Aplikasi Semakan Tawaran Program Matrikulasi [ klik di sini ]



Rayuan ke Program Matrikulasi:


Rayuan boleh dilakukan bermula 14 – 27 April 2016  

  • Secara dalam talian, atau
  • Datang sendiri  ke Bahagian Matrikulasi KPM, bersama salinan keputusan SPM yang disahkan, atau
  • Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. 


Tarikh pendaftaran:


Pendaftaran online bermula pada 9 Mei 2016 dan berakhir 31 Mei 2016.

Pendaftaran ke kolej matrikulasi masing-masing pula berdasarkan ketentuan berikut:


5 Jun 2016 (Ahad)

KMPerlis, KMLabuan, KMJohor, KMPerak,

6 Jun 2016 (Isnin)

KMNegeri Sembilan (Bagi pelajar baharu dari N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang)

7 Jun 2016 (Selasa) 

KMNegeri Sembilan (Bagi pelajar baharu SELAIN dari N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang), KMMelaka, KMPulau Pinang, KMKedah, KMSarawak, KMARA Kuala Nerang, KMARA Kulim, KMTeknikal Pahang, KMTeknikal Johor.


Klik di sini untuk ke laman web kolej matrikulasi KPM.


Diskaun 50% Buku Terpilih