Highly lmmersive Programme (HIP) Bahasa Inggeris



Highly lmmersive Programme (HIP) bahasa lnggeris dilaksanakan mulai tahun 2016 . HIP merupakan program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa lnggeris dalam kalangan murid melalui pengunaan bahasa lnggeris yang lebih meluas di sekolah. Program ini telah diumumkan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2015 pada 23 Oktober 2015.


HIP menyokong lima (5) anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) seperti berikut:

i. Anjakan Pertama
• Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

ii. Anjakan Kedua
• Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris.

iii. Anjakan Ketiga
• Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

v. Anjakan Keenam
• Mengupayakan JPN , PPD dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan .

vi. Anjakan Kesembilan
• Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.


HIP dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2016 . Pada tahun 2016 pelaksanaan HIP adalah dalam 1,200 buah sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional. HIP akan diperluaskan kepada 5,500 buah sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional pada tahun 2017. Peluasan HIP di sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional seluruh negara akan dilaksanakan pada tahun 2018.

Sekolah dibekalkan dengan HIP Toolkit. lanya adalah satu panduan untuk melaksanakan HIP di sekolah . HIP Toolkit ini terdiri daripada panduan menggunakan instrumen penilaian kendiri serta HIP Guidebook. lnstrumen penilaian kendiri yang terkandung dalam HIP Toolkit hendaklah diisi oleh sekolah untuk menilai tahap immersive bahasa lnggeris sedia ada. Hasil penilaian instrumen kendiri tersebut hendaklah digunakan untuk merancang aktiviti bahasa lnggeris yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap immersive bahasa lnggeris sekolah. HIP Guidebook mengandungi contoh-contoh amalan terbaik aktiviti dalam kelas, luar kelas, kelas bimbingan dan Outreach. Amalan-amalan terbaik ini diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah boleh memilih aktiviti daripada HIP Guidebook sekiranya bersesuaian atau pun melaksanakan aktiviti tersendiri berdasarkan keperluan.



Sumber:
http://www.moe.gov.my/my/pekeliling-ikhtisas-view?page=1&id=1114


SURAT PEKELILING IKTISAS KPM BIL. 4 TAHUN 2016 - PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2016