Nak dapatkan biji chia ni sangat mudah. Di kedai ginseng cina dah lama jual. Saya je baru tahu. Tapi, kualiti biji chia berbeza-beza. Macam beras, biji chia ada pelbagai kualiti. Biji chia yang berkualiti adalah biji chia yang tidak pecah, saiz yang kecil, dan cepat mengembang. Saya pernah cuba satu jenama sebelum ini, tapi sekarang saya dah jatuh cinta dengan ARYZA Chia Seed. Biji chia ARYZA ni, kembang sangat cepat. Maksudnya, serat pada lapisan luar biji chia sangat aktif dan tidak rosak. Kalau serat tak rosak, maksudnya zat-zat lain dalam ARYZA Chia Seed pun mestilah dalam keadaan terbaik.
Biji chia ini sesuai dimakan oleh semua orang, samaada bayi (setahun ke atas) mahupun warga emas. Wanita mahupun lelaki. Ibu mengandung dan wanita dalam pantang pun boleh makan biji chia. Tapi, kalau pesakit yang mengidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan buah pinggang, saya nasihatkan tanya doktor dulu.
Di sini saya ingin kongsikan tentang 20 Kebaikan biji chia (chia seed) untuk kesihatan.
Superfood.
ARYZA Chia Seed mengandungi 5x ganda kalsium berbanding susu, 2x ganda antioksida berbanding beri biru, 2x ganda kalium berbanding pisang, 8x ganda Omega-3 berbanding ikan salmon, 3x ganda zat besi berbanding bayam , 7x ganda vitamin C berbanding buah oren dan 15x ganda magnesium berbanding brokoli. Ia juga mengandungi protein, serat dan pelbagai mikronutrien. (tak lah risau sangat kurang zat kalau tak makan sayur kan...)
Melancarkan sistem pencernaan.
ARYZA Chia Seed mampu menyerap air sehingga menjadi agar-agar (Lapisan luar chia diperbuat daripada lendir larut air, polisakarida bukan kanji (NSP), yang mengembang seperti gel) dan mengandungi kandungan serat yang tinggi. Oleh itu, ia melancarkan pergerakkan makanan dalam system pencernaan. Amat sesuai untuk mengatasi masalah sembelit.
Kenyang lebih lama.
Biji chia mengembang 10 kali ganda daripada saiz asal apabila ia direndamkan dalam air. Malah, ia kekal kembang di dalam perut. Maka, ia akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan dapat mengawal selera makan.
Kenyang lebih lama.
Biji chia mengembang 10 kali ganda daripada saiz asal apabila ia direndamkan dalam air. Malah, ia kekal kembang di dalam perut. Maka, ia akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan dapat mengawal selera makan.
Menstabilkan gula dalam darah.
ARYZA Chia Seed mempunyai indeks glisemik, GI yang rendah. Oleh itu ia membantu mengimbangkan paras glukosa dalam darah dan amat sesuai dijadikan sebahagian daripada diet pesakit kencing manis (tahap 1 dan tahap 2)
Meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma.
ARYZA Chia Seed mengandungi kandungan protein yang tinggi. Dalam 28g biji chia mengandungi 4.4g protein. Maka ia boleh dijadikan salah satu sumber tenaga bagi aktiviti harian. ARYZA Chia Seed sesuai untuk golongan vegetarian dan pengamal diet alkins. Chia seed juga sesuai dimakan sejam sebelum senaman sebagai sumber tenaga.
Menurunkan tekanan darah.
Omega-3 dalam ARYZA Chia Seed juga berfungsi menurunkan tekanan darah. Oleh itu ia amat sesuai untuk pesakit darah tinggi. Tekanan rendah menjadi rendah kerana biji chia merendahkan kolesterol dalam salur darah yang mengawal atur gula dalam darah.
Menurunkan tekanan darah.
Omega-3 dalam ARYZA Chia Seed juga berfungsi menurunkan tekanan darah. Oleh itu ia amat sesuai untuk pesakit darah tinggi. Tekanan rendah menjadi rendah kerana biji chia merendahkan kolesterol dalam salur darah yang mengawal atur gula dalam darah.
Menurunkan kadar kolesterol
ARYZA Chia Seed mengandungi Omega-3 yang melindungi jantung dengan mengurangkan kolesterol dan mengurangkan tekanan darah. Serat dalam chia seed juga membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. 100g chia menyediakan kira-kira 8.83 mg atau 55% daripada tahap harian diperlukan niasin. Niacin membantu mengurangkan tahap LDL-kolesterol dalam darah. Di samping itu, ia menambah aktiviti GABA dalam otak yang seterusnya membantu mengurangkan kebimbangan dan neurosis.
Membantu mengurangkan berat badan.
ARYZA Chia Seed boleh mengembang sehingga 10x ganda berbanding saiz asal. Oleh itu, ia boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengurangkan ketagihan gula. Zat zink dalam chia seed membantu menghasilkan hormon leptin, iaitu hormone yang mengawal selera makan.
ARYZA Chia Seed mengandungi kandungan kalsium yang tinggi dan boron. Kedua-dua zat ini diperlukan untuk pembentukkan tulang serta mengekalkan kekuatan tulang. Maka, ia amat sesuai untuk ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak, dan kanak-kanak.
Mencegah osteoporosis.
Zat kalsium ARYZA Chia Seed membantu menguatkan tulang dan gigi. Malah, zat tambahan seperti magnesium dan fosforus yang terdapat dalam biji chia membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Oleh itu, biji chia dapat mencegat osteoporosis warga emas.
Kulit lebih sihat dan berseri
ARYZA Chia Seed mengandungi antioksida dan vitamin C. Antioksida diperlukan untuk mengantikan sel kulit yang rosak dan menghalang keradangan kulit. Vitamin C pula membantu membaiki sel yang rosak dan merangsang pembentukkan kolagen.
Membantu pembentukkan otak dan sistem saraf.
Kandungan Omega-3 yang tinggi dalam ARYZA Chia Seed membantu pembentukkan otak dan sistem saraf pada bayi dan perkembangan otak pada kanak-kanak. Oleh itu, otak kanak-kanak akan lebih cergas dan seterusnya membantu proses pembelajaran mereka.
Meningkatkan imunisasi badan.
Gabungan Vitamin C, antioksida dan Omega 3 dalam ARYZA Chia Seed mampu melindungi bayi, kanak-kanak dan dewasa daripada radikal bebas dan seterusnya mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan dan demam. Bahkan, dengan diet dan rutin harian yang sihat, ARYZA Chia Seed mampu mencegah penyakit kanser jika diambil secara konsisten.
Membantu pembentukkan tisu organ dan otot.
ARYZA Chia Seed kaya dengan sumber protein. Protein diperlukan untuk mengantikan sel rosak, membina sel baru dan membentuk tisu organ dan otot.
Meningkatkan konsentrasi
Omega-3 dan antioksida dalam ARYZA Chia Seed membantu membinaan sel membran. Sel membran yang sihat akan menyebabkan pemindahan maklumat dalam sistem saraf lebih cepat. Ini termasuk meningkatkan memori dan kadar tumpuan. kuantiti yang mencukupi omega-3 dalam diet boleh menjadi penting untuk perkembangan normal dan kematangan sistem saraf pada bayi dan kanak-kanak.
Merawat anemia
Salah satu punca anemia adalah kekurang zat besi. ARYZA Chia Seed mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Zat besi yang diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah.
Mengawal masalah gout
Penurunan berat badan, kolesterol dan tekanan darah normal mengurangkan asid urik dalam badan. Aryza Chia Seed membantu dlm penurunan berat badan, kolesterol dan tekanan darah. Biji chia juga menstabilkan gula dalam darah. Aryza Chia Seed juga membantu menyingkirkan toksik punca GOUT melalui proses detoks.
Menggurangkan lenguh dan sakit sendi.
Pengambilan ARYZA Chia Seed dalam diet secara konsisten dapat menggurangkan lenguh badan dan sakit sendi.
Menggurangkan senggugut.
Omega-3 dalam ARYZA Chia Seed dapat menggurangkan senggugut semasa haid.
Meningkatkan susu badan.
Susu ibu adalah gabungan antara air, protein dan lemak. Biji chia mengandungi protein dan Omega-3 (sejenis lemak baik) yang membantu meningkatkan susu badan jika ibu mengambil air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2-3L sehari)
Meningkatkan susu badan.
Susu ibu adalah gabungan antara air, protein dan lemak. Biji chia mengandungi protein dan Omega-3 (sejenis lemak baik) yang membantu meningkatkan susu badan jika ibu mengambil air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2-3L sehari)
Jom kita cuba tambahkan biji chia dalam diet harian. Jom cuba ARYZA Chia Seed.