KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016: Kemudahan Cuti Kuarantin berkuatkuasa 1 Januari 2017. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan.


Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin


Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, Kerajaan telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.


Penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin yang layak berdasarkan pekeliling ini adalah:

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria


Rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2016: Kemudahan Cuti Kuaratin
(daripada web JPA)

Untuk maklumat lanjut tentang Perintah Am Bab C: Cuti, sila klik [di sini]