Perlukah Passport Biru ke Sarawak?



Dokumen Perjalanan Terhad ke Sarawak/ Sabah  juga dikenali sebagai pasport biru. Kalau warganegara Malaysia yang berasal daripada semenanjung tapi berkerja di Sabah atau Sarawak amat digalakkan untuk buat passport biru ni. Kalau tak buat, nanti Abam Imigresen akan suruh buat.


1. Tujuan

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

2. Tempoh Sah laku

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

3. Syarat-Syarat Am

  1. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  2. Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  3. Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  4. MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  5. Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
  6. Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
* rasanya macam dulu saya bawa surat daripada Ketua Jabatan, bukti saya berkerja di Sarawak. Lupa dah. (^_^)



4. Bayaran - RM 5.00


Kalau orang-orang utara pun boleh boleh buat passport biru ni untuk pergi ke Thailand. Tak perlu guna passpart antarabangsa. Tapi syarat-syaratnya berbeza berbanding passport biru ke Sabah dan Sarawak.


Passport biru saya, hampir setahun tak digunakan, sebab saya dah dapat kembali berkhidmat di semenanjung. Alhamdulillah.