Senarai Tugas Pembantu Makmal Sains Bahagian 1

PENGHURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL SAINS (BAHAGIAN 1)Berdasarkan Buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal Sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterbitkan pada April 2013 oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. 

Senarai tugas Pembantu Makmal di Sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM dihuraikan mengikut gred jawatan iaitu Gred C17/C22(KUP), C22 dan C26. Terdapat perbezaan penghuraian tugas di antara Pembantu Makmal di sekolah, Kolej Matrikulasi dan IPGM memandangkan stakeholders yang berbeza bagi institusi­ institusi berkenaan.




Pembantu Makmal Gred C17/C22 (KUP)


1.1.1 Pengurusan Makmal Sains

(a) Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan makmal sains yang ditetapkan.
(b) Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan.
(c) Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
(d) Memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains.
(e) Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur, dan ceria.
(f) Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/ radas seperti membersihkan tingkap/ sawang/ lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat pembersihan.
(g) Memastikan makmal sains berada dalam keadaan kondusif dan selamat.


1.1.2 Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Radas Peralatan Sains

(a) Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul.
(b) Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian.
(c) Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru di borang pesanan amali.
(d) Melaksanakan semua limgkah keselamatan semasa mengendalikan bahan dan peralatan sains.
(e) Memastikan keperluan amali yang disediakan adalah mencukupi, berfungsi dan selamat digunakan.


1.1.3 Penyenggaraan Peralatan Sains

(a) Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan.
(b) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains .
(c) Merekod dan melaporkan kerosakan bahan/peralatan untuk tindakan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Makmai/Ketua Bidang Sains.


1.1.4 Pengendalian Amali Sains

(a) Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
(b) Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(c) Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan amali.
(d) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan memenuhi spesifikasi ditetapkan.
(f) Memastikan radas yang telah digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur ditetapkan.
(g) Memastikan pembuangan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan dan mengutamakan keselamatan.


1.1.5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains


(a) Menguruskan aset dan stor makmal sains seperti berikut:
  1. mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains.
  2. menyemak rekod setiap radas, bahan dan peralatan di makmal sains yang         dipertanggungjawabkan.
  3. menguruskan aset dan star makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

(b) Melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:
  1. mengenal pasti peralatan yang rasak dan tidak ekanamik untuk dibaiki.
  2. mengumpul dan menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa yang dicadangkan untuk dilupuskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
  3. memahan peruntukan daripada pihak pentadbir sekalah bagi melaksanakan pelupusan bahan sisal bahan kimia.
  4. memastikan bahan dikumpul/disimpan sisa/star pelupusan sisa/bahan kimia/peralatan sementara di star bahan
  5. menghubungi kantraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia bagi mendapatkan sebut harga pelupusan.
  6. menguruskan pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan yang ditetapkan aleh Jabatan Alam Sekitar.
  7. menguruskan pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.


Pembantu Makmal Gred C22/C26

1.2.1 Pengurusan Makmal Sains

(a) Menjalankan tugas mengikut peraturan keselamatan
(b) Membuat penyelarasan jadual penggunaan makmal sains berdasarkan bilangan makmal sains, mata pelajaran dan bilangan Pembantu Makmal.
(c) Menyediakan perancangan belanja mengurus makmal sains sepertimana diarahkan.
(d) Membantu perancangan program/aktiviti yang melibatkan pembantu makmal dan makmal sains.
(e) Merancang dan membantu pentadbir sekolah untuk membuat perolehan radas, bahan dan peralatan sains.
(f) Menguruskan keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.
(g) Memastikan peraturan, panduan dan tatacara keselamatan makmal dipaparkan dalam makmal sains.
(h) Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, selamat, teratur dan ceria.
(i) Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/ radas seperti membersihkan tingkap/ sawang/ lampu/lantai yang dilaksanakan oleh syarikat pembersihan .


1.2.2 Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Radas/Peralatan Sains

(a) Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul.
(b) Menerima dan menyimpan bahan/spesimen/sampel mengikut peraturan pengendalian .
(c) Menyediakan keperluan amali sepertimana permohonan guru di borang pesanan amali.
(d) Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan dan peralatan sains.
(e) Memastikan keperluan amali yang disediakan cukup, berfungsi dan selamat digunakan .


1.2.3 Penyenggaraan Peralatan Sains

(a) Menguji dan memastikan peralatan sains berfungsi dan selamat untuk digunakan.
(b) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains .
(c) Mendapatkan anggaran kos baik pulih peralatan sains.
(d) Merekodkan dan melaporkan kerosakan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Bidang Sains untuk tindakan.


1.2.4 Pengendalian Amali Sains

(a) Membantu guru semasa aktiviti amali dijalankan di makmal sains.
(b) Memastikan pelajar menjalankan amali mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(c) Mengenal pasti masalah teknikal semasa penyediaan dan amali dijalankan.
(d) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
(f) Memastikan radas yang telah diguna dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur ditetapkan.
(g) Memastikan sisa amali dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan.


1.2.5 Pengurusan Stor/Aset Makmal Sains

(a) Melaksanakan pengurusan aset dan stor makmal sains seperti berikut:
  1. mengkategorikan dan melabelkan peralatan di makmal sains.
  2. menguruskan aset dan stor makmal sains mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
(b) Melaksanakan pelupusan aset dan bahan sisa seperti berikut:
  1. mengenal pasti peralatan yang rosak dan tidak ekanamik untuk dibaiki.
  2. menyenaraikan maklumat peralatan dan bahan sisa untuk dilupuskan mengikut peraturan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS) atau arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
  3. memahan peruntukan daripada pihak pentadbir sekalah bagi melaksanakan pelupusan bahan sisa/bahan kimia.
  4. memastikan bahan sisalbahan kimialperalatan sains dikumpul/disimpan sementara di star bahan sisalstar pelupusan.
  5. menghubungi kantraktar yang bertauliah mengurus pelupusan bahan sisal bahan kimia bagi mendapatkan sebut harga pelupusan .
  6. nenguruskan pelupusan bahan sisal bahan kimia secara berjadual dan mematuhi peraturan yang ditetapkan aleh Jabatan Alam Sekitar.
  7. menguruskan pelupusan peralatan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA), Tatacara Pengurusan Star Kerajaan (TPS), arahan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
1.2.6 Penyeliaan dan Pemantauan

(a) Membimbing Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan.
(b) Menyelia dan memantau Kumpulan Pelaksana di bawah seliaan.
(c) Memastikan tugas harian berjalan lancar .


1.2.7 Menganggotai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Star Sekalah

(a) Menghadiri mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Star Kerajaan Sekolah (mengikut keperluan sekalah).
(b) Menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Star Sahagian Makmal Sains (mengikut keperluan sekalah).


1.2.8 Menganggotai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Sekalah

(a) Menghadiri mesyuarat Pengurusan Kewangan Sekalah (mengikut keperluan sekalah).


1.2.9 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Teruskan:
Senarai Tugas Pembantu Makmal Sains Bahagian 2 [ klik di sini ]


Rujukan:
Laman Web JPN Perak [ klik di sini ]