Senarai Tugas Penyelia Asrama Bahagian 1

Senarai Tugas Penyelia Asrama

PENGHURAIAN TUGAS PENYELIA ASRAMA (BAHAGIAN 1)
Berdasarkan Surat Edaran BPSM Berhubung Senarai Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan Institusi, KPM bertarikh 31 Mac 2017.



Ringkasan Tugas


Membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan asrama. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.


1. Aspek Pentadbiran


1.1. Menjalankan tugas pendaftaran masuk/ keluar penghuni asrama. Contohnya, membantu Warden Asrama dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni asrama.

1.2. Membantu merancang, memantau dan mengemaskini senarai nama dan kedudukan/ pembahagian bilik penghuni asrama setiap masa.

1.3. Memeriksa dan merekod maklumat penghuni asrama serta melapor kepada Unit Kewangan dan memastikan semua penghuni asrama mempunyai potongan sewa asrama .

1.4. Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni asrama.

1.5. Bertanggungjawab ke atas disiplin penghuni asrama.

1.6. Memantau disiplin penghuni asrama dan menyediakan laporan kepada pegawai Penyelia Asrama Gred N22/ N26 atau Warden/ PK HEM.

1.7. Menerima laporan salah laku penghuni asrama , mendokumentasi dan mengemukakan kepada pihak atasan serta bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah Jagaan.

1.8. Menyediakan jadual tugas , merekod cuti anggota, merancang anggaran perbelanjaan dan mengawal perbelanjaan .

1.9. Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama termasuk penerimaan , hapus kira dan pelupusan aset alih kerajaan .

1.10. . Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan .



2. Aspek Perkhidmatan Asrama


2.1. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci.

Memberi dan menerima kunci daripada penghuni asrama dan menyimpan di tempat yang disediakan.


2.2. Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci.

2.3. Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan-peraturan asrama.

2.4. Menyedia dan mengemaskini peraturan asrama dari semasa ke semasa.

2.5. Mengawal/ memantau secara keseluruhan keluar/ masuk penghuni asrama dan pelawat mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

2.6. Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan kelengkapan asrama. Menyelaras penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum.

2.7. Mengurus penggunaan kemudahan peng1napan, makan/ minum dan prasarana asrama oleh pihak luar.


3. Aspek Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset


3.1. Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperluan kelengkapan asrama.

3.2. Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama.

3.3. Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa.

3.4. Memantau dan memeriksa proses kerja pembersihan di asrama oleh syarikat konsesi.

3.5. Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah ditetapkan serta menerima aduan kerosakan, memeriksa dan membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama kepada pihak konsesi.

3.6. Menghantar Laporan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Asrama kepada pihak pentadbiran sekolah.


4. Aspek Keselamatan dan Kebajikan


4.1. Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta memastikan kesihatan penghuni asrama sentiasa baik dan melaporkan kepada Warden Asrama jika terdapat kes-kes yang berbahaya.

(i) Pengurusan berkaitan aspek kesihatan murid seperti:

(a) pengurusan bilik rawatan;
(b) pengurusan pergerakan murid asrama ke klinik/ hospital;
(c) memberi bantuan awal kepada murid asrama; dan
(d) menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan Murid Asrama (digalakkan).

(ii) Mengurus Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan (3K) bilik rawatan.

(iii) Memastikan keperluan alat bantuan keselamatan dan kemudahan di bilik rawatan adalah mencukupi.

(iv) Membantu dalam mematuhi prosedur pencegahan wabak penyakit.


4.2. Memastikan penghuni asrama mematuhi Polisi Peraturan Keselamatan dan Kesihatan.

4.3. Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni asrama, aset, bangunan, kemudahan dan persekitaran (dormitri, tandas, bilik air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan lain-lain) berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat untuk digunakan.

4.4. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan senarai pegawai yang boleh dihubungi semasa berlaku kecemasan.

4.5. Membantu merancang pelan tindakan kebakaran dan memastikan pelaksanaan latihan pencegahan kebakaran dijalankan.



Bersambung:
Senarai Tugas Penyelia Asrama Bahagian 2 [ klik di sini ]


Nota:
Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama {Lampiran P, P1 dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 bagi penghuraian tugas mengikut Gred.