Senarai Tugas Penyelia Asrama Bahagian 2

PENGHURAIAN TUGAS PENYELIA ASRAMA (BAHAGIAN 2)
Berdasarkan Surat Edaran BPSM Berhubung Senarai Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan Institusi, KPM bertarikh 31 Mac 2017.


Senarai Tugas Penyelia Asrama Bahagian 2



Berikut adalah sambungan Senarai Tugas Penyelia Asrama. 

Senarai Tugas Penyelia Asrama Bahagian 1 [ klik di sini ]



5. Aspek Kawalan Kualiti


5.1. Melaksanakan dan memantau setiap proses kerja mengikut arahan pekeliling atau piawaian .

5.2. Menerima aduan berkenaan kemudahan asrama, keselamatan dan kebajikan.

5.3. Membantu dalam kajian kepuasan pelanggan .

5.4. Mengumpul, menganalisis , menyediakan laporan kajian dan mendokumentasi .


6. Pengurusan Kewangan dan Akaun Asrama


6.1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan asrama .

6.2. Mengurus permohonan perolehan bagi pembelian dan perkhidmatan yang melibatkan kelengkapan serta peralatan asrama .

6.3. Mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan peralatan asrama.

6.4. Mengurus perbelanjaan yang menggunakan peruntukan Baki Peruntukan Bantuan Makanan Asrama.

6.5. Mengurus dan mengemaskini sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (buku tunai, buku cek, buku resit murid/ pejabat, buku akaun subsidiari dan daftar bil) serta membuat penutupan dan imbangan setiap bulan yang melibatkan pengurusan kewangan asrama.

6.6. Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama (YMA).


7. Pengurusan Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak


7.1. Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta memastikan pekerja dewan makan mengikut garis panduan kesihatan.

7.2. Membuat tempahan makanan melalui Jadual 8 berdasarkan bilangan penghuni asrama semasa tidak kurang dari 48 jam sebelum masa sajian.

7.3. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan bekalan makanan di asrama.

7.4. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menangani kes keracunan makanan.


8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pentadbir dari masa ke semasa.




Nota:
Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama {Lampiran P, P1 dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009 bagi penghuraian tugas mengikut Gred.