Genap 4 tahun saya di program matrikulasi(feb 2014-feb 2018). Tiga sesi di Kolej Matrikulasi Sarawak, dua sesi di Kolej Matrikulasi Kedah.

Kedua-dua kolej matrikulasi mempunyai suasana yang berbeza dan memberikan pelbagai pengalaman. KMSw mengajar saya erti persahabatan dan kecekalan dan KMK mengajar saya erti kesempurnaan dan keindahan kemenangan.


Diawal saya dlm program matrikulasi, saya pernah hantar surat untuk kembali ke sekolah. Kemudian tergantung dan kawan-kawan menasihatkan utk saya stay di kmsw sementara dan mohon pindah ke kolej lain. Tapi, sekarang dah tiga org kawan di kmsw kembali ke sekolah. Walaupun dah lama tinggalkan kmsw, tapi rasa sedih sangat bila mereka kembali ke sekolah. Mereka pergi bukan kerana mereka tak hebat, tapi mereka pergi dengan sebab pelbagai.

Saya akui, saya masih merindui suasana di sekolah, terutamanya bonding dengan pelajar dan masa yang diluangkan untuk aktiviti kokurikulum. Serta pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa pdp.

Tapi program matrikulasi juga memberikan pengalaman baru seperti mengajar dalam kuliah yang besar, penulisan rnd,kik & plc. Masuk matrikulasi, skill amali pun terasah kembali. Ilmu kimia yang belajar di universiti pun dapat diaplikasikan.




Post a Comment

Terbaru Lebih lama