Kenangan APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang



Musim Majlis APC dah pun bermula. Buka je facebook, 'like' gambar kawan-kawan yang dapat APC. Sesetengah organisasi mengadakan Majlis APC dengan meriahnya di hotel dengan jamuan lunch ataupun Hi-Tea. Bagi sesetengah organisasi pula, Majlis APC cukup sekadar dilakukan di dewan premis organisasi tersebut. Majlis APC 2017 peringkat KPM diadakan di PICC, Putrajaya pada 20 Mac 2018. Majlis ini diadakan lapan hari selepas markah penilaian pretasi tahunan dikeluarkan secara rasmi dalam sistem HRMIS.

Tentu pernah terlintas dalam fikiran, berapa kali sepanjang perkhidmatan kita sebagai penjawat awam, kita akan terima APC, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Kalau cemerlang, kenapa APC dikatakan Anugerah Paling Kontroversi? Kenapa APC dikaitkan dengan markah penilaian tahunan? Kenapa sesetengah organisasi ada Hari Kualiti selain daripada Majlis APC?


APC 2011

APC pertama saya (dengan harapan dapat APC lagi, hehe) pada tahun 2011. Majlis APC dianjurkan oleh PPD Kuala Kangsar di Dewan SMK Tun Perak. Majlis ringkas, daftar di luar dewan, tandatangan untuk beli gambar terima sijil, dan kemudiannya diberikan bungkusan makanan. Majlis APC dimulakan dengan ucapan perasmian dan seterusnya penyerahan sijil. Majlis diadakan sebelah petang. Seingat saya, pada hari tersebut, saya pergi terus dari sekolah ke Majlis APC. Pakai, pakaian yang sama daripada pagi. Pakaian mengajar saja. Oleh kerana dah beli gambar, saya tak bergambar sebelum majlis ataupun selepas majlis. Menyesal pulak!

Penerima APC

Saya dapat APC pada tahun ke-empat mengajar. Ketika itu, saya masih lagi suci dengan sebarang gossip. Tak kenal pun istilah mak cik bawang. Kalau bos bagi kerja, saya buat. Memang 100% menurut perintah. Maklum la, masih muda. Umur pun baru 26 tahun. Tak terlintas pun nak dapat APC. Ketika itu, pada saya APC adalah mengikut giliran, untuk cikgu senior dan cikgu yang bakal bersara. Saya pun tak pernah ambil berat tentang borang hijau, iaitu borong sasaran kerja tahunan. Biasanya saya akan ‘tiru’ borang yang diisi oleh cikgu-cikgu senior. Bahagian sasaran tahunan, akan ditulis “seperti dalam buku ringkasan mengajar”. Saya pegang kata-kata senior, tak perlu tulis banyak-banyak, sebab bos dah ada calon untuk APC. Naifkan.


Sasaran Kerja Tahunan dan Borang Keberhasilan

Pada tahun 2014, di Kolej Matrikulasi Sarawak, pertama kali saya menulis sasaran kerja tahunan, secara online dalam system HRMIS. Setiap tugas yang dilakukan perlu dicatatkan. Ting tong saya. Kalau sebelum ni, isi borang hijau cuma ambil masa 2 minit, tapi isi sasaran kerja tahunan dalam HRMIS tu ambil masa dua tiga hari. Tiada lagi “seperti dalam buku rekod mengajar”. Mulai tahun 2016, tak perlu lagi isi sasaran kerja tahunan dalam HRMIS. Hanya perlu isi borang keberhasilan PBPPP sahaja. Saya akan isi selengkap mungkin. Walaupun tak dapat APC, borang itu mempengaruhi markah penilaian prestasi tahunan selain daripada usaha dan komitmen yang kita beri sepanjang perkhidmatan.


Markah Penilaian Prestasi Tahunan

Masa berlalu, saya semakin senior. Setahun dua ni saya tak berharap sangat untuk dapat APC, sebab saya masih dalam mood untuk ‘transfer’ kembali ke Perak. Tapi saya sangat berharap untuk dapat markah penilaian tahunan yang tinggi, dan meningkat setiap tahun. Saya tak tahu berapa markah LNPT saya pada tahun saya dapat APC dulu, tapi, rasanya bukan markah LNPT saya yang tertinggi. Markah LNPT saya yang paling tinggi setakat ini pada tahun 2013. Tahun terakhir saya di SMK Clifford.


Sasaran APC

Jauh di sudut hati saya, saya nak dapat APC sekurang-kurangnya tiga kali sebelum pencen. Sebab bapak saya cakap, dia dapat tiga kali menegak (system lama). Kalau sekarang, maksudnya tiga kali dapat RM1000, saguhati APC. Senior saya pun, dapat tiga kali APC sebelum dia pencen. Setakat ini, saya pun tak pernah dengar lagi orang dapat APC sampai empat kali. Lagipun APC bukanlah satu satunya anugerah dalam system pendidikan, ada lagi, cuma kita tak pernah ambil tahu.


Kenapa APC kontroversi??? 

Saya rasa tak kontroversi pun. Mungkin ada pihak yang tak setuju dengan pemilihan penerima APC. Dulu pun, waktu saya dapat APC, ada cikgu senior yang direct cakap pada saya, patutnya dia dapat APC sebelum saya, sebab dia lagi senior, dah DG44 tapi belum dapat APC. Saya percaya rezeki tak pernah salah alamat. Awal atau lewat, insyaAllah saya yakin semua orang akan dapat APC.


Hari Kualiti

Kouta APC sebenarnya sangat sedikit. Kalau untung, timbul. Tapi tak semestinya penerima APC mempunyai markah LNPT tertinggi dan hanya penerima APC sahaja buat kerja dengan cemerlang. Sesetengah organisasi mengadakan alternative lain untuk menghargai usaha dan komitmen pegawai mereka. Contohnya mewar-warkan kejayaan pegawai di papan notis dan laman web. Diadakan pemilihan golden staff of the month. Juga di adakan Hari Kualiti, di mana beberapa anugerah diwujudkan untuk menghargai staf. Tiada kuota seperti APC. Hari Kualiti tu diadakan di hotel, masing-masing bayar pakai duit sendiri. Anugerah tu pula, hanya sekeping sijil. Walaupun sijil, sangat bermakna. Semua balik dengan gembira dan rasa dihargai. Love that moment.


Tips untuk dapat APC

Kalau dapat bos yang sporting, bertuah sangat. Contohnya kawan saya, bos dia janji pada semua cikgu yang posting di situ, semua cikgu akan dapat APC sebelum bergerak ke DG44. Tapi dengan syarat, buat semua kerja yang diberikan, tiada kes displin, ajar murid elok-elok dan jangan banyak merungut. Bagi saya pula, kita kena ada X-factor untuk dapat APC. Jangan harap sangat dengan sistem giliran. Kalau kena cantas, akan frust. Bila kita terima APC, esok lusa nanti, mesti ada tugas yang lebih berat menunggu. Ye ke? Teori ni betul untuk kes saya dulu...


Abainya tentang APC, jalankanlah tugas dengan ikhlas, dan carilah keberkatkan semasa bertugas. Anugerah yang paling tinggi adalah redha Allah. Balasan yang ditunggu sebenarnya adalah syurga Allah. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Bersyukurlah.