Bengkel Dr OT dah tak asing bagi sesetengah pelajar master dan Phd. Terutamanya dari bidang pendidikan. Dr Othman Talib adalah pensyarah di UPM. tapi beliau kerap buat bengkel penulisan thesis, menulis blog dan status fb tentang penulisan tesis. Saya "kenal" beliau daripada blog, semasa mencari maklumat tentang cara penulisan proposal tesis. alhamdulillah kali ni berkesempatan join bengkel beliau di USM.

Semasa bengkel, beliau tunjukkan cara guna mendeley, dan kemudian cara guna fungsi writing buku/tesis di microsoft word. Beliau juga offer pada setiap peserta bengkel ebook dengan harga istimewa. 5 buah ebook dengan harga rm50.


Bengkel bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 ptg. Penggunaan masa semasa workshop ni sangat maksimum. Cuma break kul 1-2.  Lunch disediakan Dan waktu ni la dalam bertegur sapa dengan peserta lain.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama