Penyata Gaji Online, ANM

Dulu, kerani yang akan cetak slip gaji. Sebelum balik, singgah di kaunter pejabat untuk ambil slip gaji dan simpan di dalam fail. Waktu ambik slip gaji ni, suasananya macam semut mengerumi gula. Meriah sangat. Kemudian, wujudnya portal http://www.anm.gov.my/index.html iaitu portal rasmi Jabatan Akuan Negara. Slip gaji kena cetak sendiri. Kadang-kadang cetak, kadang-kadang tak. Kalau rajin, cetak beberapa bukan sekali. Yang penting, check waktu pergerakkan gaji dan bonus. Kemudian sekitar bukan mac dan april, datang lagi ke portal anm. Untuk muat turun penyata gaji tahunan. penyata gaji tahunan ni penting untuk isi borang e-filling. Mulalah mengira berapa pulangan yang LHDN akan bagi.


Dah hampir penghujung bulan Apriil. Dah siap ke e-filling?