Ramadan dah dekat,
esok lusa kita puasa,
moga dipanjang usia,
moga dikurnia sihat,
lengkap sebulan kita puasa.


Ramadan dah dekat,
esok lusa kita terawih,
moga dipanjang usia,
moga dikurnia sihat,
lengkap sebulan kita terawih.


Ramadan dah dekat,
esok lusa mula tadarus,
moga dipanjang usia,
moga dikurnia sihat,
lengkap sebulan kita khatam.


Ramadan dah dekat,
esok lusa mula more,
moga dipanjang usia,
moga dikurnia sihat,
lengkap sebulan kita dapat ber'more'


Ramadan dah dekat,
lengkap sebulan kita raya.


Farahiyah
Kuala Kangsar.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama