Soalan trivia paling menarik selepas Tun menjadi PM:
"Kenapa KLCC ada dua menara? Kerana PM yang buat menara tu dua kali jadi PM."😍
Walaupun kerajaan berubah, penjawat awam akan sentiasa "supporting the government of the day'. Setelah pilihanraya, penjawat awam akan 'neutral' dalam hal politik dan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.
Harapan saya, semoga Malaysia terus maju dan berdaulat, Islam menjadi pasak negara, keistimewaan Melayu dipertahankan, dan sistem beraja di Malaysia dikekalkan. Profesian perguruan diangkat setaraf dengan profesional yang lain dan semua rakyat Malaysia berubah kepada minda kelas pertama dan berusaha untuk memajukan diri sendiri. Yang penting, bila rakyat berilmu, berusaha dan bergabung, kejayaan akan diperolehi.