Penilaian MDW Fasa 1 di KMPP

Pada 16 Julai 2020, saya telah berkesempatan untuk menyertai Penilaian MDW Fasa 1 di KMPP sebagai salah seorang daripada panel penilai.  Peserta telah membentangkan bahan PdP yang mereka hasilkan dan kongsikan di Microsoft Teams. Peserta dari KMPP juga telah menyertai Bengkel Pembelajaran Abad ke-21 yang diadakan di KMPk pada bulan Februari 2020.

MDW KMPP


 

Terima kasih tuan rumah, KMPP kerana sudi menerima kehadiran kami untuk program MDW. Walaupun jadi panel penilai, banyk tips dan trick saya pelajari semasa pembentangan peseta MDW. Terima kasih untuk cenderamata yang diberikan juga. 


Pensyarah KMPP

Alang-alang dah sampai ke KMPP, saya ambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan dari kolej terdahulu yang di bertugas di KMPP. Puan Hanani, Puan Nawal, Puan Yang Khairun dan En Azri adalah rakan-rakan pensyarah semasa di KMSw manakala En Nassry rakan pensyarah dari KMK. Walaupun pertemuan sebentar sahaja dan diiringi dengan hujan lebat, tapi terubatlah rindu dengan rakan-rakan dari kolej lama.