13 Tahun Sebagai Seorang Guru



Aku bukanlah seorang guru cemerlang, 
setiap hari aku berlawan masa dan kelelahan,
ada kala tertekan, ada kala termarah,
tapi hari-hari ku tempuh, 
agar esok aku menjadi guru yang lebih baik.

bukan anugerah yang aku cari,
bukan pangkat yang aku idamkan,
cukup sekadar dapat mengajar,
agar kelak pelajar aku berjaya.

13 tahun menjadi guru,
tak pernah sangka mengajar di Kuching,
berulang setiap minggu ke Changlun,
dan berkongsi kereta ke Gopeng. 

Dulu, tak pernah aku terfikir,
guru Kimia akan mengajar robotik,
membuat model cetakkan 3d,
menjadi jurulatih digital classroom.

Aku pernah dicaci, 
aku juga pernah dipuji,
semua itu mematangkan,
membuat aku lebih fokus,
pada tujuan sebenar seorang guru.

13 tahun menjadi guru,
setiap kejayaan kecil,
aku simpan di alam maya,
bukan untuk menunjuk,
tapi untuk kenangan masa hadapan.



Coretan:
Farahiyah Omar
Sempena 13 tahun mengajar.