Refleksi Bulan Pertama Comeback Tulis Blog (14 Okt - 20 Nov 2020)

blog Kimia


Setelah sebulan kembali menulis blog, saya telah ubahsuai layout blog. Warna pun dah ubah. Daripada warna hijau ke warna pinkish peach. Sama tema warna dengan laptop dan telefon saya. Comeback kali ini saya akan fokus pada jurnal saya sebagai seorang pendidik, bahan pengajaran bagi kursus Kimia Matrikulasi dan pra-universiti serta itu-isu berkaitan dengan pendidikan.

Jumlah pengunjung antara 20 Oktober - 20 November adalah 376 viewers. Kebanyakkan datang daripada carian google. kebanyakkan melibatkan carian artikel mata pelajaran sains, yang saya tulis tujuh tahun dahulu. Walaupun jumlah pengunjung blog tak ramai, tapi masih lagi rasa seronok, sebab google masih lagi detect post saya yang lama. tapi cabaran sekarang adalah untuk bagi google detect post-post saya yang baharu.