Edublogger Meet Up 2019

Edublogger Meet Up 2019 berlangsung pada 4-5 Disember 2019 di Menara CIMB, Kuala Lumpur. Ia merupakan gathering blogger pertama yang saya sertai sejak tulis blog pada tahun 2007. Sewaktu meet up, blog saya sebenarnya tak aktif dan saya sertai gathering ni sebenarnya nak ambil aura positif cikgu blogger yang saya kenali secara maya disamping mengimbau kenangan menulis blog dulu. Tapi, seronok juga bila ada dalam kalangan blogger ini masih ingat blog cikguzamrud yang saya tulis dulu. 

blogger cikgu edublogger


Berikut adalah beberapa perkara yang menarik tentang Edublogger Meet Up 2019.


1.  Cikgu popular, Cikgu Hailmi pun ada dalam edublogger meet up ni. Beliau kongsikan pengalaman beliau membangunkan blog cikguhailmi hingga 'meletop'. Walaupun waktu meet up ni saya masih lagi mengajar di Kedah dan sekolah beliau pun tak jauh dari matrik saya, saya tak pernah jumpa beliau di Kedah. Saya kenal beliau semasa menulis blog sekitar tahun 2012-2013 tapi kali pertama jumpa beliau semasa Bengkel PAK-21 di Kolej Matrikulasi Perlis tahun 2017.  Semasa meet up ni, saya duk terfikir, mesti best kalau Cikgu Hailmi ni berlakon dalam drama melayu macam Mak Cun, jadi cikgu yang mengajar dalam dialek utara..fuh, confirm drama tu pun popular jugak!

2. Salah seorang penganjur perjumpaan ini adalah cikgu siber (cikgu Razif). Rupa-rupanya beliau mengajar di Kuala Kangsar, my hometown.  Cikgu Razif ni sifu Apple education dan founder telegram ATC. Saya banyak belajar guna iPad dari telegram tu. 

3. Peserta edublogger meet up datang dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, Johor dan Perlis. Saya paling excited jumpa cikgudiana daripada Johor. Cikgu Diana merupakan blogger bagi blog allaboutscience. Dulu, zaman saya mengajar di sekolah, saya selalu cari bahan dari blog beliau dan tinggalkan komen. Blog cikgu diana ni antara blog yang saya suka komen sebab kami ajar subjek yang sama.  Sampai sekarang, beliau masih lagi aktif menulis blog dan juga video di YouTube. Bila teringat cikgu diana, saya teringat zapeto. Beliau banyak guna zapeto dalam video yang dihasilkan.

4. Semasa meet up ini juga, saya bertemu dengan cikgu otai paling inovatif, Cikgu Zaki. Beliau adalah webmaster bmspm dan menulis blog sejak tahun 1998 sehingga sekarang....lama kan. pelajar saya pun belum lahir lagi pada tahun 1998. Saya pun baru masuk sekolah menengah, dan rasanya pada tahun 1998 tu saya tak tahu lagi melayari internet...paling terar pun, saya cuma tahu chatting di IRC.

5. Cikgu share dan Cikgu Raihan juga mengajar di Perak. Ramai rupanya edublogger dari Perak. Tapi semuanya bertugas di peringkat institusi pendidikan yang berbeza. Agak-agaknya mereka pernah berjumpa tak sebelum ni. Nice to meet cikgu Perak dalam edublogger meet up ni, Rasa macam balik kampung sat!

6. Cikgu El, Cikgu Nuna dan Cikgu Rawaidah  pun hadir dalam Meet Up. Cikgu El, Cikgu Nuna dan Cikgu Rawaidah adalah antara cikgu popular dan rajin buat perkongsian di webminar online sejak PKP bulan 3. Beruntungnya dapat kenal dengan cikgu-cikgu hebat ni. 

7. Selain itu, ramai juga cikgutube yang join meet up ini. Antaranya Cikgu Azizah Physic, Cikgu Ruhill, Cikgu Hazidah, Cikgu Fendy dan Cikgu Siti Share yang viral dengan video menggunakan green screen... 

8.  Ramai lagi cikgu-cikgu hebat dalam perjumpaan ini seperti Cikgu IK, Cikgu Ayu, Cikgu Syawal, Cikgu Azhar, Kauselor Nurhaiza dan En Idris. Cikgu IK adalah admin myedublog.info iaitu satu hub yang menghimpunan blog-blog pendidikan di Malaysia. Bagus sangat usaha cikgu IK menghimpunkan semua blog Pendidikan dalam satu hub.


Harapan saya akan ada lagi edublogger meet up dan makin ramai cikgu-cikgu yang menulis blog dan vlog.  Tulis blog ni sebenarnya best,  boleh jadi sebagai diari online dan juga kelas online.