Ramai yang tanya saya, antara Padlet dan Jamboard, yang mana lebih bagus. Pada pendapat saya, kedua-duanya bagus dan saya pun suka gunakan. Jadi saya kongsikan bila dan mengapa saya pilih padlet dan jamboard.
Padlet
- Saya gunakan padlet untuk activiti gallery walk, iaitu kumpul dan kongsikan hasil kerja pelajar dengan pelajar lain.
- Padlet sesuai untuk aktiviti bukan real-time seperti semasa kelas tak selanjar. Perbincangan antara pelajar berlaku apabila pelajar komen dan bagi reaksi pada post rakan mereka.
- Jika saya ingin semak jawapan pelajar di padlet, saya akan eksport as pdf, semak dan upload semula dan Google Classroom.
Jamboard
- Saya suka gunakan Jamboard untuk aktiviti real-time semasa Google Meet.
- Antaranya seperti parking lot atau pop kuiz.
- Kalau tidak melibatkan bahan yang banyak, Jamboard memang lagi menarik daripada Padlet, tapi kalau bahan yang banyak, masa untuk loading Jamboard akan jadi lama.
Saya ada sediakan buku panduan padlet. Semoga buku ini membantu para pendidik untuk menggunakan padlet dan idea bagi idea untuk menggunakan jamboard.