Cara Dapatkan Schoolytics Certified Educator

Schoolytics Certified Educator

 

Apakah Schoolytics? Schoolytics adalah suatu laman sesawang yang dapat menganalisis data daripada Google Classroom (dan beberapa learning management lain). Contohnya, peratus pelajar sudah siapkan assignment, berapa orang pelajar hantar lambat assignment, markah assignment dan sebagainya.

Terdapat empat jenis watak dalam Schoolytics, iaitu pelajar, guru, penjaga dan pengurusan. Setiap role mempunyai papan pemuka (dashboard) masing-masing. Papan pemuka pelajar, membolehkan pelajar  menjejaki gred mereka sendiri, tugasan yang akan datang, perkara yang mereka terlepas dan metrik, seperti kekerapan mereka menyerahkan sesuatu tepat pada masanya. Papan pemuka penjaga,  membolehkan ibu bapa/penjaga melihat metrik tersebut untuk setiap anak di rumah mereka. Papan pemuka guru, yang membolehkan guru melihat metrik untuk pelajar individu atau melihat perkara seperti kadar penyelesaian tugasan di seluruh kelas. Papan pemuka pentadbir, membolehkan pentadbir melihat metrik mengikut sekolah, gred atau laporan untuk setiap kelas.

Apakah langkah-langkah untuk menjadi Schoolytics Certified Educator? Bagi guru yang berminat untuk mendapatkan Schoolytics Certified Educator, anda perlu mengisi Google form. Hantar borang minat. Jika diterima, lengkapkan permohonan dan jawab beberapada soalan. (Terdapat pautan diberikan untuk dirujuk jika tidak pasti dengan jawapan). Selepas beberapa hari, anda akan menerima pensijilan daripada Schoolytics. Klik [di sini] untuk dapatkan Schoolytics Certified Educator