Quizizz Certified Game Changer: Sijil Quizizz untuk Guru

Pernah dengar tentang Quizizz Certified Game Changer? Saya menggunakan Quizziz sekitar tahun 2017. Ingat lagi, waktu itu tengah aktif explore aplikasi digital untuk kuiz dalam talian sebab nak masuk pertandingan inovasi. Mulai tahun 2021, saya menggunakan akaun Quizizz Super, iaitu akaun berbayar sebab makin lama, saya semakin suka dengan Quizizz. Tapi saya tak tahu, ada pensijilan untuk Quizizz untuk guru. Saya baru tahu awal tahun 2023. Sebaik sahaja saya tahu, saya terus ambil peluang untuk dapatkan sijil Quizizz Certified Game Changer. Selain Quizizz, tahun ini juga saya ambil sijil Edpuzzle. Cara untuk mendapatkan sijil Edpuzzle Coach, saya kongsikan [di sini].



Jadi, bagi rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan sijil Quizizz Certified Game Changer, boleh ke laman sesawang Certified Educator, https://quizizz.com/home/certifiededucators?lng=en dan lengkapkan Lesson Quizizz. 


Lesson Quizizz ni menarik, ada lebih kurang 45 slaid. Tapi bukan semua slaid ada soalan dan video. Ada slaid yang simple, dua tiga perkataan sahaja. Jangan risau, kalau tak tahu jawapan, boleh rujuk video yang diberikan. Saya tengok semua video dan berjaya lengkapkan lesson tapi lebih masa 30 minit. Ada juga jawapan salah, tapi alhamdulillah masih layak untuk dapatkan sijil.



Sebenarnya seronok, apabila dapat sijil. Saya rasa macam dah mahir guna Quizizz. Tambahan pula, feeling macam dapat sijil peringkat international. Setelah dapat sijil, terus isi SPLKPM, tuntut masa kursus. Pada rakan-rakan yang akan TBBK atau yang akan mohon GC, bolehlah kumpul sijil. Kalau macam saya, tujuan saya bukan untuk kumpul sijil, tapi saya memang suka explore aplikasi digital untuk PdP. 
 
Kepada rakan-rakan yang belum pernah menggunakan Quizizz, jom cuba Quizizz Lesson [di sini]
Selamat ber-Quizizz dan menjadi Quizizz Certified Game Changer.