Kenapa Blog saya tak dapat CPUV Nuffnang?

Assalamualaikum. Hari ini, entri saya agak peribadi sedikit. Berkisar tentang Nuffnang. Saya bukan buat blog untuk dapat duit, tapi lumrah la jika setiap blogger mengharapkan royalti daripada pengiklan seperti Nuffnang. Untung nasib, dapat buat duit tambahan.


Saya join nuffnang pada bulan Januari tahun 2013. Hari ini lengkap dua bulan bersama Nuffnang. Tapi royalti daripada Nuffnang sangat mengecewakan saya. Saya baru dapat RM3.65 daripada CPC walaupun visitor blog saya dah pun memcecah 160 ribu.


Kenapa blog ni tak layak untuk dapat CPUV? Setahu saya blog yang melebihi 300 unique visitor layak untuk mendapt CPUV. CPUV adalah sumber pendapatan utama daripada Nuffnang. Pengiklan memilih blog  untuk mengiklankan produk mereka di banner Nuffnang. Pendapatan sebulan satu iklan boleh mencecah RM80. Mungkinkah kerana visitor blog saya terdiri daripada murid, remaja dan cikgu sekolah, makanya pengiklan tidak mahu memilih blog saya untuk mengiklankan produk mereka.


Saya akan cuba sekali lagi untuk mendapatkan CPUV. Kali ni, saya letakkan ketiga-tiga jenis banner nuffnang. Saya akan update survey form dan post ticket kepada Nuffnang. Jika masih tak dapat CPUV Nuffnang, mungkin saya akan bertukar kepada Adsense. hmmm...( tapi saya masih harapkan Nuffnang)