Senarai Evidens Band 6 Tingkatan 3




TOPIK
SUBTOPIK
EVIDENS
Bab 1 :
Respirasi
Menganalisa mekanisma pernafasan manusia B6D1E1
Membina Model sistem respirasi manusia (klik) untuk menunjukkan proses tarikan dan hembusan nafas
Bab 1 :
Respirasi
Menyedari kepentingan sistem respirasi yang sihat. B6D2E1
Pembentangan hasil buku skrap dalam pelbagai bentuk persembahan bertajuk “Kepentingan sistem respirasi yang sihat”:
  1. Bahan cemar udara
  2. Pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi (klik)
  3. Cara untuk memperbaiki kualiti udara
  4. Amalan mengekalkan udara yang bersih.

Bab 2:
Peredaran darah dan pengangkutan
Menganalisa darah manusia B6D3E1
Pembentangan hasil penulisan artikel dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
  1. Komponen darah dan fungsinya.
  2. Kumpulan darah
  3. Kumpulan darah penderma kepada penerima.
  4. Kepentingan menderma darah
  5. Pengendalian dan penyimpanan darah

Bab 4:
Pembiakan
Memahami kepentingan penjagaan pra natal. B6D4E1
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan mengenai:
  1. Kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan fetus semasa kehamilan
  2. Kesan rokok terhadap fetus
  3. Kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus

Bab 4:
Pembiakan
Menilai kepentingan penyelidikan dalam pembiakan manusia. B6D5E1
Memberi ceramah atau membahaskan mengenai:
  1. Kaedah kawalan kehamilan
  2. Salah guna kawalan kehamilan
  3. Kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.
  4. Kepentingan penyelidikan pembiakan manusia

Bab 6:
Tanah dan Sumbernya
Menganalisa sumber bahan api semula jadi dan kepentingannya B6D6E1
Membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai PETROSAINS/ Planetarium/ Pusat Sains Negara/ Loji Penapisan Minyak
atau
membuat pembentangan risalah yang dihasilkan mengenai
  1. Sifat dan kegunaan pelbagai pecahan petroleum.
  2. Sumbangan petroleum dan gas asli kepada pembangunan ekonomi negara; dan
  3. Penggunaan yang cekap petroleum dan sumber bahan api semula jadi yang lain

Bab 8:
Penjanaan elektrik
Memahami
penjanaan tenaga elektrik.
B6D7E1
Mereka cipta peralatan menggunakan tenaga alternatif
Bab 8:
Penjanaan elektrik
Menilai kepentingan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan elektrik/
Menilai kepentingan memulihara elektrik.
B6D8E1
Memberi ceramah mengenai:
  • Langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan elektrik.
  • Memerihal langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan elektrik,
  • Mewajarkan keperluan adanya langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri keselamatan di rumah bagi mengelakkan kemalangan elektrik
atau
memberi ceramah mengenai:
  • Aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.
  • Memerihal cara memulihara elektrik.
  • Mewajarkan keperluan memulihara elektrik.
  • Meramal masalah yang akandihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik.


Bab 10:
Bintang dan Galaksi
Mensyukuri kewujudan alam semesta sebagai anugerah Tuhan B6D9E1
membuat pembentangan hasil penulisan kreatif (sajak/ syair/ puisi/ pantun /lirik lagu/lirik nasyid/ dll ) mengenai:
  • keunikan, ketertiban, keindahan dan keharmonian alam semesta sebagai satu tanda keagungan Tuhan