Jika Ada Kemahuan, Di situ Ada Kejayaan

Semasa berumur lima tahun, saya mahu menjadi seorang penyanyi seperti Ramlah Ram. Waktu itu, penyanyi Ramlah Ram sedang popular dengan lagu Kau Kunci Hatiku di dalam Hatimu. Lagu tersebut selalu menjadi siulan saya siang mahupun malam. Tapi bila saya masuk ke sekolah, saya tidak berminat lagi untuk menjadi seorang penyanyi. Bahkan saya tak minat untuk menyanyi lagu-lagu popular seperti rakan-rakan saya yang lain. Malah saya tak pernah menyertai pasukan koir, kumpulan nasyib atau pasukan dikir barat sekolah. Bagi saya, seni suara bukan minat atau bakat saya.

Tapi di USM, secara terpaksa, saya telah menyertai pasukan kior untuk persembahan Hari Guru Peringkat PPIP. Sebenarnya saya telah cuba untuk menggelak untuk menyertai pasukaan kior tapi, saya tiada pilihan selain daripada menyertainya. Latihan kior biasanya dijalankan pada pukul 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam setiap hari. Tapi latihan kior itu sangat menyeronokkan sehingga saya tidak merasa penat walaupun terpaksa pulang lewat malam. Daripada tidak mahu menyertai pasukan kior, saya jatuh cinta dan mahu membaiki teknik nyayian dan akhirnya saya berjaya menyanyi dengan baik semasa hari persembahan. Lebih menyeronokkan, dengan  menyertai kior tersebut, saya berpeluang menyanyi di Balai Budaya USM, iaitu suatu dewan yang dilengkapi sistem audio secanggih Istana Budaya. Secara tidak langsung, angan-angan saya untuk menjadi penyanyi tercapai juga.

Disebabkan jatuh cinta pada bidang nyayian, saya melebarkan minat ke bidang tarian tradisional. Kali ini lebih serius, bukan setakat untuk persembahan, tetapi sebagai satu subjek ko-kurikulum untuk memenuhi keperluan pensiswazahan saya. Saya tak sangka, badan yang keras seperti saya, bila sudah berlatih setiap minggu, akhirnya dapat juga menari tarian tradisional seperti yang diajarkan oleh jurulatih. Disebabkan oleh saya mengambil  kursus tarian ini, semasa tahun pertama saya posting, saya diminta untuk membimbing pasukan sekolah menyertai tarian rampai untuk Karnival Asrama.

Gambar persembahan semasa Pertandingan Tarian Rampai

Ahli pasukan sebelum pertandingan bermula

Alhamdulillah, ahli pasukan saya yang semuanya terdiri daripada pelajar lelaki dan merupakan pemain bola sepak, ragbi dan hoki berjaya dilenturkan. Kami memenangi tempat ke-tiga diperingkat daerah. Peserta tarian itu memang telah menunjukkan minat dan komitmen yang sangat bagus. Selama tiga minggu kami berlatih petang dan malam untuk pertandingan tersebut. Mereka mahu membuktikan pemain bola sepak, ragbi dan hoki juga boleh menari dan mereka berjaya.  Saya agak terkilan kerana mereka telah menari dengan baik tetapi hanya menduduki tempat ketiga kerana tidak menepati syarat, iaitu tarian rampai mestilah tarian tradisional yang asli.....dan tarian rampai yang saya kaleografikan, terdapat elemen tarian zapin perak...(iaitu bukan tarian zapin asli). Disebabkan syarat itu juga, pertandingkan tarian tradisional tidak diteruskan pada tahun-tahun berikutnya kerana guru-guru dari setiap daerah tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Calon SPM 2013 semasa perhimpunan pada hari pertama peperiksaan

Bagaimanapun, pengalaman membuktikan, walaupun siapa kita, jika ada kemahuan di situ ada kejayaan. Saya berdoa dan berharap sangat, pelajar saya yang sedang menduduki peperiksaan SPM dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, terutamanya untuk subjek Sains SPM. Walaupun selepas Peperiksaan Percubaan SPM saya tak dapat bersama dengan mereka selama 5 minggu, saya harap setiap yang saya ajar dapat membantu mereka untuk berjaya dalam SPM. Good luck dan jangan lupa kelas tambahan sebelum menduduki kertas Sains SPM. Saya nak bincang tajuk-tajuk penting untuk Sains SPM.

Calon SPM 2013 SMK Clifford.


Jika ada kemahuan, di situ ada kejayaan! 

Selamat menduduki Peperiksaan SPM.



Photobucket