Wish list: Delete Candy Crash Saga

Perkara kedua dalam Wish List saya adalah memadam aplikasi permainan Candy Crash Saga daripada smart phone.  Rasanya selagi saya tak delete Candy Crash, otak saya sentiasa teringat mainan ini. Sebelum tidur main Candy Crash, bangun pagi main Candy Crash, tengok tv main Candy Crash, malah semasa surfing internet pun main Candy Crash.




Mula-mula main permainan ini, rasa macam senang sangat, kemudian menyeronokkan, selepas itu ketagih. Sampai satu tahap, main permainan ini sebab ego tercabar. Iyalah, susah sangat nak menang walaupun satu level. 

Bukan setakat Candy Crash Saga saya delete, malah semua jenis permainan yang telah diinstall dalam smart phone telah dipadamkan kecuali permainan Pou. Kenapa???? Nanti kalau saya nak berebut tv dengan anak buah, boleh la saya bagi mereka main Pou. Baru la dapat saya tengok tv. Kalau tak, jangan harap la dapat tengok tv cerita saya. Tengok kartun channel 613 dan 615 je la.


Kaedah delete Candy Crash Saga 

  1. Pertama, sambungkan hset dengan wifi.
  2. Kemudian, klik Play Store (bagi pengguna android)
  3. Seterusnya, search  dan klik Candy Crash Saga.
  4. Akhirnya, cari butang Uninstall, dan klik butang tersebut.
  5. Dah selesai.

Kaedah ini juga sesuai untuk memadam semua jenis permainan dan aplikasi daripada smart phone anda.