http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/

Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Kursus ini dijalankan selama lima hari, bersamaan dengan 30 jam secara sepenuh masa antara bulan Mac hingga  November 2014. Kehadiran dalam kursus ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk kenaikan pangkat ke DG44 secara time-based.

Surat siaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi PBB adalah seperti berikut:





Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014.


Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah seiring dengan:
  1. Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  2. Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  3. Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  4. PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  5. Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21


Jadual pelaksanaan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) kepada golongan sasaran adalah seperti berikut:


il Kod Kumpulan Kumpulan Guru Gred Tahun Lantikan Gred Semasa Buka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan Pelaksanaan
1 41SR0910 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG41 2009, 2010 Januari Mac - Oktober
2 41SM091011 Guru Akademik Sekolah Menengah
PPS DG41
2009, 2010 dan 2011 Januari Mac - Oktober
3 41SGBK091011 Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SM PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac - Oktober
4 41SRXPPLD10 Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD) PPS DG41 2010 Januari Mac - Oktober
5 41JS091011 Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni PPS DG41 2009, 2010 dan 2011 Januari Mac - Oktober
6 44SR1112 Guru Akademik Sekolah Rendah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun- Oktober
7 44SM1112 Guru Akademik Sekolah Menengah PPS DG44 2011 dan 2012 Mei Jun - Oktobe


Bagaimana mendaftar Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB?

  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
  4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
  5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
  6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
  7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.


 Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG

12 Ulasan

naomei berkata…
mohon jangan tak mohon cikgu..:)
Unknown berkata…
mohon pencerahan... Bagaimana dengan guru yang dilantik pada tahun 2012? masalahnya tidak ada medan untuk tahun 2012 dalam tarikh perlantikan.
emailkan ke willianajan@gmail.com untuk pencerahan masalah ini.
terima kasih..
Unknown berkata…
"Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)."

Kalau diamati secara terperinci, jadual pembahagian kumpulan guru untuk guru akademik sekolah rendah DG41 tidak ada untuk ambilan 2011 dan 2012. Adakah guru akademik DG41 ambilan 2011 dan 2012 ditangguhkan untuk pengambilan kursus ini?

Mohon pencerahan
farahiyah berkata…
cuba isi borang online tu... ade tak ruangan utk dg41 sekolah rendah thn 2011 dan 2012. kalau ada kena apply. kalau x ade, x perlu apply lg.

kursus ni berperingkat. sekarang fokus pd guru yg boleh mengisi borang online tu
baiti saidi berkata…
mohon pencerahan..bagaimana dengan guru yang lantikan 2007-2008?
dan adakah guru jqaf dikira sebagai kumpulan guru akademik ?
Dari Meja Kawe berkata…
kursus ini utk lantikan tahun 2009 n 2010 sahaja...dg41 n 44
Dari Meja Kawe berkata…
kursus ni utk lantikan tahun2009 n 2010 sahaja.
Unknown berkata…
saya sudah daftar...anda bila lagi???
tak sabar nk pegi kursus...yeay
Unknown berkata…
klu dah terlepas date akhir nak buat macam mana ye?dg442011
Unknown berkata…
Pertanyaan: Adakah permohonan online kali ini untuk kursus bulan mac sahaja atau sepanjang tahun. Kami terlepas maklumat ini menyebabkan banyak guru yang layak tidak dapat mengisi online. Diharapkan permohonan online akan di buka semula untuk kursus bulan september atau sebagainya.. Thanks
Unknown berkata…
Pertanyaan: Betulkah jika gagal hadir kursus ini tidak akan naik DG44?
Unknown berkata…
Pertanyaan : Bila surat tawaran kursus hendak dikeluarkan? Tarikh kursus saya mohon ialah 16 Mac 2014 hingga 14 Mac 2014 iaitu bermula Ahad ini.Pagi ini 14 Mac 2014 buka bpg online masih halaman yang sama. Tiada butang klik untuk download surat tawaran. Kalau keluar surat hari sabtu, bila masa nak dapatkan pengesahan ketua jabatan?...
Terbaru Lebih lama