Kepada guru-guru lantikan 2009 hingga 2012, anda wajib membuat permohonan untuk menyertai Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Kursus ini dijalankan selama lima hari, bersamaan dengan 30 jam secara sepenuh masa antara bulan Mac hingga November 2014. Kehadiran dalam kursus ini adalah sebahagian daripada syarat wajib untuk kenaikan pangkat ke DG44 secara time-based.
Surat siaran bagi Kursus Pembangunan Kompetensi PBB adalah seperti berikut:
Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Aplikasi Online: Perdaftaran Kursus Dalam Perkhidmatan-Modul Permohonan mulai Januari 2014.
Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) adalah seiring dengan:
- Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
- Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
- PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
- Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21
Jadual pelaksanaan Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) kepada golongan sasaran adalah seperti berikut:
il | Kod Kumpulan | Kumpulan Guru | Gred | Tahun Lantikan Gred Semasa | Buka Permohonan (Permohonan Online) | Bulan Pelaksanaan | |
1 | 41SR0910 | Guru Akademik Sekolah Rendah | PPS DG41 | 2009, 2010 | Januari | Mac - Oktober | |
2 | 41SM091011 | Guru Akademik Sekolah Menengah |
PPS DG41
| 2009, 2010 dan 2011 | Januari | Mac - Oktober | |
3 | 41SGBK091011 | Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SM | PPS DG41 | 2009, 2010 dan 2011 | Januari | Mac - Oktober | |
4 | 41SRXPPLD10 | Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD) | PPS DG41 | 2010 | Januari | Mac - Oktober | |
5 | 41JS091011 | Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni | PPS DG41 | 2009, 2010 dan 2011 | Januari | Mac - Oktober | |
6 | 44SR1112 | Guru Akademik Sekolah Rendah | PPS DG44 | 2011 dan 2012 | Mei | Jun- Oktober | |
7 | 44SM1112 | Guru Akademik Sekolah Menengah | PPS DG44 | 2011 dan 2012 | Mei | Jun - Oktobe |
Bagaimana mendaftar Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB?
- Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
- Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014.
- Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
- Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
- Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
- Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
- Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web BPG