Selfie Bersama Geng Sekolah

Betul ke selfie tu penyakit? Kalau tak selfie, siapa nak tolong tangkap gambar kami beramai-ramai. Kalau salah sorang daripada kami jadi jurugambar, dah tak ada gambar dia. Rugi kan. Sebab tu, sekarang ni semua orang nak handphone yang ada kamera. Macam kami, kami pilih handphone Sony Experia untuk jadi kamera selfie, sebab gambarnya lebih cantik daripada Samsung (ye ke?).

Untuk memudahkan selfie, semestinya kena ada monopod. Saya antara orang yang masih tak ada monopod. Kononya, tak nak dilabel kaki selfie. Tapi semalam, bila pergi kenduri classmate, kawan-kawan bawa monopod. Malah, pengantin pun sediakan monopod. Jadinya, saya terasa macam outdated, rasa cam nak singgah je kedai beli monopod serta-merta.



Kenduri yang saya pergi semalam tu adalah kenduri kahwin classmate semasa sekolah menengah di SMK Raja Perempuan Kelsom. Dapat la jumpe kawan-kawan lama. Kalau tak pergi kenduri kawan, alamatnya terliur je la tengok gambar mereka di whatapp, FB dan instagram.




Cantik tak dress kahwin kawan saya ni? Saya suka sangat gabungan warna terquoise dan pink. Pelamin dan make-up pun cantik. Memang menaikkan seri pengantin. Dengan kata lain, pengantin nampak sangat cantik.


Kepada Nizra dan Syafiq, Selamat Pengantin Baru. Barakallah.