Korang ingat tak,
tahun pertama mengajar,
tiap-tiap malam kita ulangkaji pelajaran,
macam kita yang nak menduduki PMR dan SPM,
Sains Tingkatan 1 pun aku rasa susah,
Kimia tingkatan 4 lagi-lagilah susah.
kadang-kadang bila masuk kelas aku risau,
takut terajar ajaran sesat.
takut nanti budak gagal sebab aku.
Korang ingat tak,
dulu semasa universiti,
macam-macam teori pendidikan kita belajar,
kognitif, konstruktivism, behaviorism dan segala bagai,
Tapi bila mula mengajar, semua teori entah ke mana,
Masalah aku adalah kawalan kelas,
aku bercakap, murid pun bercakap,
Aku pergi bantu seorang murid, seorang murid lesap dari kelas.
Korang ingat tak,
kalau ada kursus, kitalah orang yang terpilih,
kononnya kita masih muda,
kita harus cari banyak pengalaman,
kita masih bujang,
aku redha je lah,
best jugak pergi kursus,
asalkan bukan cuti sekolah.
Korang ingat tak,
kita juga insan terpilih untuk jadi guru pengiring
macam-macam pasukan yang kita bawa.
Ada yang memamg pasukan yang kita latih,
tapi ada juga yang kita bantu rakan guru yang lain.
Aku suka jadi guru periring, sebab dapat jalan-jalan.
Korang ingat tak,
selain jadi guru pengiring,
kita jugak jadi guru pembimbing.
Tugas kurikulum dah cukup banyak,
tapi kena juga menyumbang pada kokurikulum
petang petang datang sekolah
melatih murid sampai memang.
Korang ingat tak,
kita juga tak terlepas jadi guru kelas,
penatnya tangan nak tulis nama murid dalam register,
kemudian tulis maklumat diri dan tanda kehadiran setiap hari.
Bila hujung bulan kena pulak kira hitung panjang murid.
Semuanya kena perfect,
tak boleh silap sebab liquid paper tak boleh guna.
Selain register, kena pulak isi SMM.
Tapi aku suka jadi guru kelas,
sebab hubungan dengan murid jadi sangat rapat.
Korang ingat tak,
kali pertama jadi pengawas peperiksaan,
kali pertama jadi guru bertugas mingguan,
kali pertama terlibat dengan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah,
kali pertama terlibat dengan Hari Sukan,
kali pertama terlibat dengan Hari Bersama Waris
kali pertama terlibat dengan Mesyuarat Agong PIBG...
Korang ingat tak,
1 Nov 2007 tarikh keramat bagi kita,
tarikh tu, kita mulakan kerjaya masing-masing,
kalau di universiti dulu kita sekapal
tapi sekarang kita naik perahu masing masing
Sekarang ni,
pengalaman kita semakin unik,
seperti uniknya murid kita,
dan kisah hidup kita.
Selamat ulang tahun ke-8
1 Nov 2007-1 Nov 2015