Cikgu Farahiyah bt Mohamed Omar adalah pengasas dan penulis bagi blog cikgufarahiyah.com. Beliau telah menulis beberapa blog sejak tahun 2007 seperti hijauzamrud.blogspot, pbssainsonline.blogspot dan cikguzamrud.com sebagai medium perkongsian pengalaman dan bahan bantu mengajar.


Beliau merupakan anak jati Perak dan mendapat pendidikan awal di empat buah sekolah rendah iaitu SK Ayer Tawar, SK Pengkalan Hulu, SRK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan dan SRK Raja Permaisuri Muzwin, Kuala Kangsar. Seterusnya beliau meneruskan persekolahan di SMK Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar. Beliau telah mengikuti Program Matrikulasi KPM di Kolej Yayasan MARA Kota Bharu dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (2003-2007) dalam bidang Sains Dengan Pendidikan.


Perjalanan beliau sebagai seorang pendidik bermula di SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak (2007-2014) sebagai guru Sains, Kimia, Matematik dan ICTL. Beliau juga adalah Penyelaras Bestari dan Guru Pembimbing Pasukan Robotik dan KRS. Selain itu beliau dilantik menjadi Jurulatih Utama PBS Sains Dan Jurulatih Utama KBAT Sains.


Pada Februari 2014, beliau telah beralih ke Bahagian Matrikulasi sebagai Pensyarah Kimia di Kolej Matrikulasi Sarawak, KMSw dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Unit Kimia KMSw. Bermula pada Mei 2016 hingga kini, beliau berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kedah sebagai Pensyarah Akademik.


Pada tahun 2018, beliau terpilih sebagai pemenang Ultimaker Educational Challenge anjuran Ultimaker United State. Selain itu, beliau juga memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi pdp di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama